Thursday, 2 May 2019

Tips Nak Genggam / Realisasikan Azam / Cita-cita .. mai adik manis kongsi sikit..

Weyh! aku lupa click publish rupanya, benda ni duk dalam draf dari bulan 1, 2019. now 3 May 2019..haha
Nostalgia 2018... kini sudah melangkah masuk 2019 . . 

Setelah ak menyedari betapa berlumutnya blog ak kali ni, maka lepas iron baju tadi ak terdetik nak menaip. tapi ak sendiri blur nak taip apa? kah3... lamanya tak menulis. karat dah akai ni. sebab tu orang kata nak bijak cerdik banyakkan berfikir, ak pun dah lama tinggal budaya brainstorming ahaha. zaman uni rajin la perah otak sampai 3-4 pagi bincang program dan lain-lain. oh zaman itu.. ok la, dah terlajak berceloteh ni, ak nak sentuh sikit la tentang azam atau cita-cita sempena tahun baru. ok guys! ak tahu tak de yang tanya pun ak psal azam ak 2018.. haha tapi nak habaq je lah.. 2018 ak letak 18 azam dan ak berjaya capai dalam 11 daripada 18 listed. antara yang tercapai tu dalam thn 2018 ak nak jejak kaki ke 2 buah negara and ak dapat jugak Singapura (bulan 3 2018) and Hatyai, Thailand (bulan 8 2018). Selain itu, ak nak amount sekian ..k dalam bank dan alhamdulillah ak berjaya capai bahkan lebih RM800 tercecah. memang all out la. hahaha.. punya nak bagi jadi dan semestinya semua cita-cita dalam hidup ni dapat capai sebab dengan kudrat dan iradat Allah. kalau Allah tak izinkan for sure ak takkan dapat capai benda tu. (ak nak share gambar tapi kenapa tah tak boleh upload) 

So back to basic point, kita nak buat apa pun dalam dunia ni, ingat ada kesan dia untuk akhirat kita. ok jap ak rasa better ak naip in point form. perhaps more clearer. lagi satu benda ni ak naip sebab nak remind diri ak jugak. ok guys, jom kita set one by one.. 

 1) clarify your aim. mudah cakap tujuan dan niat kena set awal-awal. sebab nabi pesan dalam hadis riwayat Umar Al-Khattab; "sesungguhnya setiap pekerjaan / amalan dimulai/ bersamanya niat". penting weyh aim, purpose, niat, tujuan, goal, matlamat ni, sebab bila kau dah set niat dan apa kau nak achieve.. inshaAllah Allah permudahkan. #yangbaikbaikaja. jadi bila kau dah tahu kau nak capai apa, then struggle for it. 

 2) build up effort. exactly semua benda nak capai kena ada usaha. usaha pun tak semestinya satu cara. contoh niat kau kat atas tadi nak kahwin tahun 2019 (niat kau bukan ak, ak buat contoh ja beb). antara usaha yg patutu ada adalah aspek kewangan / ekonomi. pasangan pun penting gak, tak dak spouse punah la niat tu untuk tahun tu...haha. so put your efforts in, menabung setiap hari Rm1 ke and so on. 

 3) make a dua'. dua' ni bukan step no 3 sebenarnya, tapi memang wajib ada sebelum semasa hatta selepas kau achieve apa yang kau nak tu. cuma ak nak highlight sini, selain kau berdoa sendiri, minta mak ayah doakan. sumpah ak tak tipu itu la lubuk kejayaan korang. memang rezeki masing2 Allah dah tentukan tapi restu dan doa mak ayah ni memang ajaib dan tak de hijab beb. Sebab ak alami benda ni, dan kalau korang baca kisah insan2 yang dah berjaya mesti akan cakap hal yang sama. bertuah kalau masih ada 2-2 ibubapa. macam ak dah tak de ayah, hilang salah satu kilang doa ak. 

Al-Fatihah untuk ayah dan ya Allah, sihatkanlah ibuku dan panjangkanlah hayatnya kerna ak sangat bergantung redhaMu melalui dia. cukup la setakat ni dulu. esok ak kerja, mengantuk pulak dah ni. 

setakat ni 3 perkara ni adalah asas untuk kau capai sesuatu. tujuan, usaha, doa. kalau korang rajin share la jugak komponen kejayaan yang lain macam sikap dan time management korang. apa2 pun balik pada diri kita. sikap kalau pemboros,tak mau ubah sampai kesudah la duit tak cukup nak kawin (balik contoh kat atas). hahaha... "there is a will, there is the ways" 

pengimpi bahagia, 
shah

No comments:

Post a Comment