Monday, 7 July 2025

MASTER JOURNEY & RAHMAT TUHAN???

Assalamualaikum.😊😊😊
Sekian lama tak menulis, 
kali ini sis kembali dengan rasa di hati nak berkongsi keberhasilan menyiapkan disertasi sarjana pada Julai 2023. Alhamdulillah, Allah rezkikan bergraduasi pada November 2023. Bila diingat kembali, rasa percaya tak percaya sahaja, berjaya selesaikan musafir ilmu yang penuh ujian, mehnah dan berendam pelbagai rasa. Bayangkan itu baru permulaan dalam pengembaraan ilmu yang lebih luas ke depan, ini memang amanat dan selalu disebut-sebut oleh para asatizah. 

Bila diingatkan kembali kenangan ketika itu, sesekali rasa kecewa, jatuh dan persoal kepada Allah macam-macam perkara, tapi rupanya sekarang baru sis mengerti kemanisan di setiap tribulasi yang dihadap. Sungguh! beberapa kali "zikir" nak quit, rasa tak mampu dah untuk carry on dengan pengajian sarjana tu, sudah la dengan duit poket sendiri, tiada kerja tetap, tinggal pula kota raya Kuala Lumpur yang serba serbi perlukan wang. Tapi rahmat Allah itu lebih luas. Yakin itu. benar sekali. Bahkan detik-detik paling bawah itulah rupanya penguat jiwa kita sebab waktu itu kita makin dan bertambah mendekat dengan Allah. sungguh ni, kalau Allah tak kasih, kalau Allah tak izinkan. belum tentu sis dan kita semua berjaya mengharungi onak berliku ini. ya Allah, terima kasih ya Allah kerana tidak pernah meninggalkan hambaMu. 

Di kesempatan ini, sis nak kongsi beberapa doa dan amalan yang sis yakin dan percaya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian, mudah-mudahan kita menjadi hamba yang bertakwa, dan berjaya di dunia dan akhirat. Ini antara pesanan yang arwah ayah tinggalkan, yup! setiap kali balik ke asrama, sebaik sahaja turun dari motor, ayah pass beg baju dan apabila bersalaman pasti ayah sebutkan berulang-ulang kali, jangan tinggal tahajud, taubat, hajat, baca inna fatahna dan wa mayyat taqillah... selalu. ya beginilah kebiasaan dialog ayah sampai sis dah hafal dan kadang-kadang mengusik ayah dengan mengajuk percakapan nasihatnya :) sambil tersenyum kedua kami. dan pastinya waktu bersalaman dan menunduk kepala ke tangan ayah, ayah seperti membaca sesuatu dan hembus di ubun kepala- sungguh sis rindu momen itu teramat sangat. Al-Fatihah buat ayahanda tercinta.

Baiklah, sambung balik, ini antara kunci yang sis pegang dan cubalah kita amalkan: Cuma sebelum tu, kalian peganglah al-Quran untuk diselak halaman yang dimaksudkan/ atau ya nak mudah optimumkan penggunaan teknologi dan kemudahan masa kini. Baik, ini senarainya: 

1. Surah al-Fath, juzuk 26, surah yang ke-48, ayat 1-4: (elok diamal setiap hari, khususnya memulakan pagi, sebelum belajar, sebelum ke kerja)

2. Surah at-Talaq, juzuk 28, surah yang ke-65, ayat 2-3: (dikenali sebagai ayat seribu dinar, kebiasaan orang niat untuk rezeki dan nikmat mencurah-curah, dulu sis selalu baca waktu menunggang motosikal ke tempat belajar :), tapi wajib fokus pemanduan ya.

3. Surah al-Baqarah, juzuk 3, surah pertama, ayat 255: (juga dikenali sebagai ayatul kursi, bacalah selepas setiap kali solat, inshaAllah beroleh perlindungan dari pelbagai kejahatan dan anasir buruk) 


Amalkan ya, biar sedikit, tetapi konsisten dan istiqamah, apabila sudah sebati dalam jiwa kita, kita pertingkatkan lagi dengan amalan-amalan lain. 

Nukilan santai ini diharapkan dapat memberi manfaat buat diri sendiri dan rakan-rakan pembaca. Sis tidak berhasrat melampirkan hadis berkenaan fadhilat doa-doa dari ayat al-quran yang dikongsikan, yang pasti semua kalam Allah adalah terbaik dan penuh kemuliaan dan kelebihan yang pasti tidak dapat disangkal sama sekali. Sesungguhnya semua kebaikan adalah dari Allah, dan yang buruk dan kurang juga dari Allah tapi melalui kelemahan iman, ilmu dan amal sis sendiri. 

Wallahua'lam. 
Adapun peringatan ini lebih dekat dengan penyampai peringatan itu. 

Tulus,
Sis A



Thursday, 5 June 2025

 Senarai hari-hari penting berkaitan alam sekitar. keep it!!!

5 Jun 1972: World Environment Day

21 October: NED Hari Akan Sekitar Negara

16 Sept: International Coastal Cleanup Day 

2 Februari: Hari Tanah Lembap Sedunia

27 Februari: Hari Beruang Kutub Sedunia

14 Mac: Hari Tindakan Antarabangsa untuk Sungai

18 Mac: Hari Kitar Semula Global

20 Mac: Hari Burung Pipit Sedunia

21 Mac: Hari Kayu Sedunia & Hari Hutan Antarabangsa

22 Mac: Hari Air Sedunia

23 Mac: Hari Hidupan Liar Sedunia

22 April: Hari Bumi

11 Mei: Hari Burung Migrasi Antarabangsa

setiap tahun pada Jumaat ketiga pada bulan Mei: Hari Spesies Terancam

21 Mei: Hari Migrasi Ikan

22 Mei: Hari Antarabangsa untuk Kepelbagaian Biologi/ Hari Biodiversiti Sedunia

23 Mei: Hari Penyu Sedunia

8 Jun: Hari Lautan Sedunia

Hari Angin Sedunia

  • 2 Februari - Hari Tanah Lembab Sedunia (World Wetland Day)
  • 27 Februari - Hari Beruang Polar Antarabangsa (International Polar Bear Day)
  • 3 Mac - Hari Hidupan Liar Sedunia (World Wildlife Day)
  • 14 Mac - Hari Tindakan Sungai Sedunia (International Day of Action for River)
  • 20 Mac - Hari Kegembiraan Antarabangsa (International Day of Happiness)
  • 21 Mac - Hari Hutan Sedunia (International Day of Forests)
  • 21 Mac - Hari Menanam Pokok Sedunia (World Planting Day)
  • 21 Mac - Hari Kayu Sedunia (World Wood Day)
  • 22 Mac - Hari Air Sedunia (World Water Day)
  • 22 April - Hari Bumi (Earth Day)
  • Sabtu Kedua Mei - Hari Migrasi Burung Sedunia (World Migratory Bird Day)
  • 22 May - Hari Biodiversiti Sedunia (World Biodiversity Day)
  • 5 Jun - Hari Alam Sekitar Sedunia (World Environment Day)
  • 8 Jun - Hari Lautan Sedunia (World Oceans Day)
  • 15 Jun - Hari Angin Global (Global Wind Day)
  • 11 July - Hari Populasi Dunia (World Population Day)
  • 29 July - Hari Harimau Antarabangsa (International Tiger Day)
  • 12 Ogos - Hari Gajah Sedunia (World Elephant Day)
  • 16 September - Hari Tindakan Lapisan Ozon Antarabangsa (International Day for the Preservation of the Ozone Layer)
  • 21 September - Hari Tanpa Pencemaran Bahan Api (Zero Emission Day)
  • 22 September - Hari Tanpa Kereta (Car Free Day)
  • Ahad Terakhir September - Hari Sungai Sedunia (World River Day)
  • Isnin Pertama Oktober - Hari Habitat Sedunia (World Habitats Day)
  • Jumaat Pertama Oktober - Hari Senyum Sedunia (World Smile Day) 
  • 4 Oktober - Hari Binatang Sedunia (World Animal Day)
  • 13 Oktober - Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan Semula Jadi (International Day for Natural Disaster Reduction)
  • 16 Oktober - Hari Makanan Sedunia (World Food Day)
  • 24 Oktober - Hari Tindakan Iklim Antarabangsa (International Day of Climate Action)
  • 22-27 Oktober - Minggu Alam Sekitar Malaysia
  • 11 November - Sambutan Hari Kitar Semula Malaysia
  • 5 Disember - Hari Tanah Sedunia (World Soil Day)
  • 11 Disember - Hari Gunung Antarabangsa (International Mountain Day)


  • Sumber: Tarikh Sambutan Berkaitan Alam Dan Hidupan - Relaks Minda http://www.relaksminda.com/2014/06/tarikh-sambutan-berkaitan-alam-hidupan.html#ixzz7vlsbMxtv
    Follow us: @relakssminda on Twitter | RelaksMinda on Facebook 

    Januari

    1 Jan – Sambutan Tahun Baru (New Year’s Day)
    26 Jan – Sambutan Hari Kusta Sedunia (World Leprosy Day)
    31 Jan – Sambutan Hari Kanak-Kanak Jalanan (Street Children’s Day)

    Februari

    2 Feb – Sambutan Hari Tanah Lembab Sedunia (World Wetland Day)
    4 Feb – Sambutan Hari Kanser Sedunia (World Cancer Day)
    21 Feb – Sambutan Hari Bahasa Ibu Antarabangsa (International Mother Language Day)
    22 Feb – Sambutan Hari Berfikir (Thinking Day)
    27 Feb – Sambutan Hari Beruang Polar Antarabangsa (International Polar Bear Day)
    28 Feb – Sambutan Hari Penyakit Luar Biasa (Rare Disease Day)

    Mac

    Hari Khamis Kedua Mac – Sambutan Hari Buah Pinggang Sedunia (World Kidney Day)
    8 Mac – Sambutan Hari Wanita Antarabangsa (International Women’s Day)
    14 Mac – Sambutan Hari Tindakan Sungai Sedunia (International Day of Action for River)
    15 Mac – Sambutan Hari Hak Pengguna Sedunia (World Consumer Rights Day)
    20 Mac – Sambutan Hari Burung Pipit Sedunia (World Sparrow Day)
    20 Mac – Sambutan Hari Kegembiraan Antarabangsa (International Day of Happiness)
    21 Mac – Sambutan Hari Hutan Sedunia (International Day of Forests)
    21 Mac – Sambutan Hari Menanam Pokok Sedunia (World Planting Day)
    21 Mac – Sambutan Hari Penghapusan Diskriminasi Kaum Antarabangsa (International Day for the Elimination of Racial Discrimination)
    21 Mac – Sambutan Hari Hutan Antarabangsa (International Day of Forests)
    21 Mac – Sambutan Hari Down Syndrom Sedunia (World Down Syndrome Day)
    21 Mac – Sambutan Hari Puisi Sedunia (World Poetry Day)
    21 Mac – Sambutan Hari Kayu Sedunia (World Wood Day)
    22 Mac – Sambutan Hari Air Sedunia (World Water Day)
    24 Mac – Sambutan Hari Tibi Sedunia (World Tuberculosis Day)
    26 Mac – Sambutan Hari Ungu (Purple Day)

    April

    2 Apr – Sambutan Hari Kesedaran Autisme Sedunia (World Autism Awareness Day)
    7 Apr – Sambutan Hari Kesihatan Sedunia (World Health Day)
    12 Apr – Sambutan Hari Antarabangsa Penerbangan Manusia Ke Angkasa (International Day of Human Space Flight)
    15 Apr – Sambutan Hari Senyap Sedunia (Day of Silence)
    15 Apr – Sambutan Hari Berdialog (Day of Dialogue)
    17 Apr – Sambutan Hari Hemofilia Sedunia (World Hemophilia Day)
    22 Apr – Sambutan Hari Bumi (Earth Day)
    23 Apr – Sambutan Hari Buku Sedunia (World Book Day)
    25 Apr – Sambutan Hari Malaria Sedunia (World Malaria Day)
    25 Apr – Sambutan Hari Penguin Sedunia (World Penguin Day)
    26 Apr – Sambutan Hari Harta Intelek Sedunia (World Intellectual Property Day)
    29 Apr – Sambutan Hari Tarian Antarabangsa (International Dance Day)
    30 Apr – Sambutan Hari Jazz Antarabangsa (International Jazz Day)

    Mei

    Hari Ahad Pertama Mei – Sambutan Hari Ketawa Sedunia (World Laughter Day)
    Hari Ahad Kedua Mei – Sambutan Hari Ibu (Mother’s Day)
    Hari Sabtu Kedua Mei – Sambutan Hari Migrasi Burung Sedunia (World Migratory Bird Day)
    1 Mei – Sambutan Hari Pekerja Antarabangsa (International Workers’ Day)
    3 Mei – Sambutan Hari Kebebasan Akhbar Sedunia (World Press Freedom Day)
    4 Mei – Sambutan Hari Star Wars (Star Wars Day)
    5 Mei – Sambutan Hari Bidan Antarabangsa (International Midwives’ Day)
    6 Mei – Sambutan Hari Tanpa Diet Antarabangsa (International No Diet Day)
    11 Mei – Sambutan Hari Penghargaan Pasangan Tentera (Military Spouse Appreciation Day)
    12 Mei – Sambutan Hari Jururawat Antarabangsa (International Nurses Day)
    15 Mei – Sambutan Hari Keluarga Antarabangsa (International Day of Families)
    15 Jun – Sambutan Hari Angin Global (Global Wind Day)
    16 Mei – Sambutan Hari Guru (Teacher’s Day)
    17 Mei – Sambutan Hari Menentang Homophobia dan Transphobia Antarabangsa (International Day Against Homophobia and Transphobia)
    17 Mei – Sambutan Hari Masyarakat Berinformasi Sedunia (World Information Society Day)
    22 Mei – Sambutan Hari Biodiversiti Antarabangsa (International Day for Biological Diversity)
    23 Mei – Sambutan Hari Penyu Sedunia (World Turtle Day)
    24 Mei – Sambutan Hari Komanwel (Commonwealth Day)
    25 Mei – Sambutan Hari Kehilangan Kanak-Kanak Antarabangsa (International Missing Children’s Day)
    25 Mei – Sambutan Hari Tuala (Towel Day)
    31 Mei – Sambutan Hari Tanpa Rokok Sedunia (World No Tobacco Day)

    Jun

    Hari Ahad Kedua Jun – Sambutan Hari Bapa (Father’s Day)
    1 Jun – Sambutan Hari Kanak-Kanak Antarabangsa (International Children’s Day)
    5 Jun – Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia (World Environment Day)
    8 Jun – Sambutan Hari Lautan Sedunia (World Oceans Day)
    14 Jun – Sambutan Hari Derma Darah Sedunia (World Blood Donor Day)
    20 Jun – Sambutan Hari Pelarian Sedunia (World Refugee Day)
    21 Jun – Sambutan Hari Hidrografi Sedunia (World Hydrography Day)
    21 Jun – Sambutan Hari Yoga Antarabangsa (International Yoga Day)
    26 Jun – Sambutan Hari Menentang Penyalahgunaan Dadah dan Perdagangan Haram Antarabangsa (International Day against Drug Abuse and Illicit Trafficking)

    Julai

    Hari Jumaat Terakhir Julai – Sambutan Hari Penghargaan Sistem Pentadbiran (System Administrator Appreciation Day)
    2 Jul – Sambutan Hari UFO Sedunia (World UFO Day)
    11 Jul – Sambutan Hari Populasi Sedunia (World Population Day)
    29 Jul – Sambutan Hari Harimau Antarabangsa (International Tiger Day)

    Ogos

    Hari Ahad Pertama Ogos – Sambutan Hari Persahabatan (Friendship Day)
    12 Ogos – Sambutan Hari Gajah Sedunia (World Elephant Day)
    12 Ogos – Sambutan Hari Belia Antarabangsa (International Youth Day)
    13 Ogos – Sambutan Hari Tangan Kidal Antarabangsa (International Lefthanders Day)
    20 Ogos – Sambutan Hari Nyamuk Sedunia (World Mosquito Day)

    September

    Ahad Terakhir Sept – Sambutan Hari Sungai Sedunia (World River Day)
    5 Sept – Sambutan Hari Kerja Amal Antarabangsa (International Day of Charity)
    11 Sept – Sambutan Hari Patriot (Patriot Day)
    15 Sept – Sambutan Hari Demokrasi Antarabangsa (International Day of Democracy)
    16 Sept – Sambutan Hari Tindakan Lapisan Ozon Antarabangsa (International Day for the Preservation of the Ozone Layer)
    21 Sept – Sambutan Hari Tanpa Pencemaran Bahan Api (Zero Emission Day)
    21 Sept – Sambutan Hari Keamanan Antarabangsa (International Day of Peace)
    22 Sept – Sambutan Hari Tanpa Kereta (Car Free Day)
    26 Sept – Sambutan Hari Kawalan Kehamilan Sedunia (World Contraception Day)
    27 Sept – Sambutan Hari Pelancongan Sedunia (World Tourism Day)
    29 Sept – Sambutan Hari Kopi Antarabangsa (International Coffee Day)
    29 Sept – Sambutan Hari Jantung Sedunia (World Heart Day)

    Oktober

    Jumaat Pertama Okt – Sambutan Hari Senyum Sedunia (World Smile Day)
    Isnin Pertama Okt – Sambutan Hari Habitat Sedunia (World Habitat Day)
    Khamis Kedua Okt – Sambutan Hari Penglihatan Sedunia (World Sight Day)
    1 Okt – Sambutan Hari Vegetarian Sedunia (World Vegetarian Day)
    2 Okt – Sambutan Hari Tanpa Keganasan Antarabangsa (International Day of Non-Violence)
    4 Okt – Sambutan Hari Binatang Sedunia (World Animal Day)
    9 Okt – Sambutan Hari Pos Sedunia (World Post Day)
    10 Okt – Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia (World Mental Health Day)
    13 Okt – Sambutan Hari Antarabangsa Pembasmian Kemusnahan Semulajadi (International Day for Natural Disaster Reduction)
    14 Okt – Sambutan Hari Standard Sedunia (World Standards Day)
    15 Okt – Sambutan Hari Basuh Tangan Peringkat Global (Global Handwashing Day)
    16 Okt – Sambutan Hari Makanan Sedunia (World Food Day)
    17 Okt – Sambutan Hari Pembasmian Kemiskinan Antarabangsa (International Day for the Eradication of Poverty)
    24 Okt – Sambutan Hari Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Day)
    24 Okt – Sambutan Hari Tindakan Iklim Antarabangsa (International Day of Climate Action)

    November

    Sabtu Pertama Nov – Sambutan Hari Kanak-Kanak (Children’s Day)
    Khamis Ketiga Nov – Sambutan Hari Falsafah Sedunia (World Philosophy Day)
    11 Nov – Sambutan Hari Veteran (Veterans Day)
    12 Nov – Sambutan Hari Penyakit Paru-Paru Berair Sedunia (World Pneumonia Day)
    14 Nov – Sambutan Hari Diabetes Sedunia (World Diabetes Day)
    17 Nov – Sambutan Hari Kelahiran Pra-Matang Sedunia (World Prematurity Day)
    19 Nov – Sambutan Hari Lelaki Sedunia (International Men’s Day)
    19 Nov – Sambutan Hari Tandas Sedunia (World Toilet Day)
    20 Nov – Sambutan Hari Kanak-Kanak Universal (Universal Children’s Day)
    21 Nov – Sambutan Hari Televisyen Sedunia (World Television Day)
    25 Nov – Sambutan Hari Penghapusan Keganasan Keatas Wanita Antarabangsa (International Day for the Elimination of Violence against Women)
    30 Nov – Sambutan Hari Kesedaraan Mencederakan Diri (Self-injury Awareness Day)

    Disember

    1 Dis – Sambutan Hari AIDS Sedunia (World AIDS Day)
    3 Dis – Sambutan Hari Orang Kurang Upaya Antarabangsa di bawah Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations’ International Day of Persons with Disabilities)
    5 Dis – Sambutan Hari Tanah Sedunia (World Soil Day)
    5 Dis – Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa (International Volunteer Day)
    10 Dis – Sambutan Hari Hak Asasi Manusia (Human Rights Day)
    11 Dis – Sambutan Hari Gunung Antarabangsa (International Mountain Day)