Thursday, 17 November 2016

SOKONGAN RAKYAT: 19 NOVEMBER 2016

Assalamualaikum dunia..
apa khabar semua.. 
Rasa hati nak berkongsi sesuatu.. 
tentang apa?
 pulau perhentian?? fyp??  belum lagi kan.. xpe nanti dulu
throwback korea?? akan datang la..
dunia hiking?? travel?? alam?? 
menyusul kemudian semua tu
inshaAllah aku nak kongsi sikit tentang satu event besar buat masyarakat dan rakyat Malaysia iaitu....
BERSIH 5

Sekali lagi tanggal 19 November 2016, rakyat Malaysia sekali lagi akan berkumpul, berhimpun beramai-ramai berarak ke Dataran Merdeka untuk suatu matlamat dan misi yang sama. 
Iaitu membawa misi jelas dengan 5 tuntutan terhadap kerajaan memerintah sekarang.

baiklah aku senaraikan la ye 5 tuntutan BERSIH 5. (mungkin ada yang tak tahu)
1) pilihan raya bersih dan adil.
untuk kebebasan memilih sesiapa yang rakyat mahukan sebagai kerajaan. rakyat juga mahukan pilihan raya yang adil, telus, ada integriti, tidak mengambil kesempatan mahupun korupsi dan elak sebarang pilih kasih. kalau di media parti kau boleh berkempen, buka juga ruang dan peluang untuk parti-parti lain berkempen dengan mekanisme yang sama. barulah saksama dan tidak bias. di Turki ya perkara ini jadi kelaziman malah ada peruntukan lagi buat semua parti yang terlibat. tapi di Malaysia..?? ada akal ada mata ada nilai kau boleh fikirkan sendiri. 

2) kerajaan bersih
pemimpin yang jujur yang berkhidmat untuk rakyat, bukan untuk poketnya sendiri ataupun koloni. aku dalam bab ni aku fikir bukan apa tau, paling koman pun kita mahupun kerajaan yang TIDAK MENIPU RAKYATNYA SENDIRI. sekali lagi paling koman, paling takpun, paling cikai, habis-habis pun cukup la tu ada. haa, tudia punya taukid. apa yang aku dengar dalam satu talk baru ni. tentang krisis ekonomi di Amerika contohnya. kerajaan tidak boleh nak kita dakwa menipu rakyat sebab  minit mesyuarat ka, meeting2 ka, report2 ka, perbincangan isu negara oleh misalnya akan di berimaklum juga kepada rakyat. semuanya direkod untuk tontonan dan makluman rakyat. tapi kat Malaysia.. hehe, sorry la beb. contoh je saja aku bawa. apa2pun pastinya kita rakyat marhaen nakkan PEMIMPIN YANG BERSIH DARI SEBARANG PENYELEWENGAN PENIPUAN DAN KORUPSI

3) memperkukuhkan demokrasi berparlimen
Untuk penggubalan undang-undang yang baik,disamping ianya mengawasi kerajaan dan mewakili kehendak dan suara rakyat. realiti sistem demokrasi yang digunapakai oleh negara kita Malaysia selepas negara ini dijajah, adalah satu sistem yang tidak lari dengan Islam. maksud aku pada intipatinya, memang kalau korang baca kitab Dr Sheikh Yusuf Qardhawi jilid 2 Fatwa Kontemporari. korang boleh jumpa dan baca pandangan beliau tentang demokrasi. justeru untuk konteks Malaysia, BERSIH menuntut pengukuhan dalam aspek pelaksanaan dan pengaplikasian sistem itu sendiri. nak xnak memang balik pada kerajaan lagi la. 

4) hak membantah /bersuara
untuk menyuarakan pendapat DAN tidak ditangkap hanya kerana pendapat yang berbeza. aku malas nak ulas panjang soal ini, tapi suaut benda aku boleh sebut tolong la dengar SUARA KAMI. SUARA RAKYAT SUARA MAHASISWA SUARA PETANI SUARA ASKAR PENCEN SUARA PARA PENDIDIK SUARA RAKYAT MALAYSIA. 

5) Mempekasakan Sabah dan Sarawak.
Untuk menikmati hak dan pembangunan yang setara dan saksama. harapan aku sabah sarawak ini nasisb mereka jyga turut terbela. janganlah kerajaan datang tabur "dedak" bila hendak dekat pilihan raya. jijik amat tindakan sebegini. cukup-cukup yang di atas mewah berlipat ganda, rakyat di bawah merana tak terkata.

oklah korang.. 
TURUN BERSIH 5 ya. 
19 NOV 2016 (Sabtu)

aku nak turun sebagai geng hijau la. 
team-team jaga kebersihan sepanjang perhimpuan aman BERSIH 5. 
buat apa pun alam ni kena jaga baik-baik beb.  :) 



Thursday, 10 November 2016

Homo-sapiens-Makhluk yang ditaklifkan sesuatu amanah @ Mahluk yg punya akal untuk memilih?

assalamualaikum wbt. 
untuk introduction ini aku nak berkongsi sedikit pandangan aku berkenaan reaksi muslim dengan alam. 

Kesedaran Alam Sekitar : Pilihan atau Kewajipan?
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
Ramai orang gah bercerita tentang betapa pentingnya alam sekitar, namun sejauh mana gagahnya dalam melaksanakan kesedaran tersebut? Ramai orang yang pantas menggunakan sumber, tetapi tidak pula pantas mengurus dan memulihara sumber tersebut.
Dalam era pembangunan ini, kita sedang melakukan kezaliman terhadap alam tanpa kita sedar mahupun sedar. Sepertimana yang berlaku di China yang ramai maklum antara negara yang termaju, namun berdasarkan rekod Badan Kesihatan PBB (WHO) merupakan antara top 3 negara yang mencatat polusi tertinggi di dunia. Saya rasa ditempelak bila melihat usaha golongan aktivis Greenpeace Malaysia yang mengecam tindakan pembakaran hutan oleh IOI Group bulan lalu. Suatu yang menghairankan bilamana orang luar yang sibuk memperjuangkan isu alam di negara sendiri sedang kita masih leka dan tidak cakna dengan sekitar. Orang lain pula yang nampak, situasi mereka ini dalam bahaya. Di manakah kita sebagai rakyat Malaysia? Hutan negara sendiri orang lain yang ambil perhatian.
Sebagai muslim, kita perlu melihat Islam dan anjurannya sangat lengkap dan menyeluruh dalam mengatur hidup manusia. Justeru muslim itu sendiri perlu menjelajah mencari pedoman untuk diamalkan dalam konteks kehidupan. Sebagaimana yang disebut dalam surah al-Baqarah di atas.
Apakah kita memahami peranan khalifah mengurus dan mentadbir itu dalam skop pemerintahan, kepimpinan, kekuasaan, atau kenegaraan semata-mata? Kenapa perlu ada mentaliti sedemikian? Mengecilkan skop pemikiran pada satu jalur.Walhal, kita perlu sedar dan buka minda bahawa tugas khalifah ini turut berfokus kepada aspek menguruskan alam sekitar. Dan lebih kemas lagi pada pandangan saya pihak yang punya autoriti/kuasa memiliki nilai dan ruh hijau ini lalu memaknainya dalam konteks pentadbiran mereka.
_______________________________
budak pulau mohon undur diri. actually aku ini orangnya santai dan tidaklah terlalu formal. tapi untuk artikel atas ni, faham je kan? sekali sekala mungkin dalam penulisan kena ada skema2, dan formal. bagi aku ia simbolik keseriusan dan penekanan terhadap isu yang dipersembahkan. terima kasih semua. kalau ade idea penambahanbaikan sgt dialu-alukan.
-dolphin lover-


next entry ak cerita alkisah budak aishah & pulau perhentian ya... *smile
wassalam