Assalamualaikum dunia...
Lamanya jari ini tak beraksi. harapnya sihat belaka kawan-kawan.
sebenarnya kali ini shah rasa nak berkongsi satu perkongsian dari seorang sahabat FirMan ni.
eh FirMan tu bukan nama orang tau... tapi................
FirMan ni Firqatul Mansyudah = golongan yg ditunggu-tunggu maksudnya. a.k.a nama batch. keanggotaan firman ni sebenarnya ramai sangat. kali terakhir shah "pegang" dulu dalam 75 muslimat dan 25 muslimin. lebih kurang la plus minus. cuma sekarang nampak berkurangan. hakikatnya kalau digabungkan kedua (pecahan) kelompok itu pastinya batch kami paling ramai.. eh eh, dah kenapa melalut panjang sangat ni. apapun nak cakapnya FirMan ni memang sangat disayangi macam adik-beradik & keluarga kedua semasa shah @ kami di universiti. :)
ok sambung balik. semalam kami buat iftor firman. mula dengan tazkirah, iftor, solat maghrib berjemaah, kemudian pengisian. masul kami bagi pengisian beliau syarah kitab Himmatulzaman (*kalau salah mohon perbetulkan) bermaksud The Value of Time. baiklah, kat bawah ni shah lampirkan terus perkongsian beliau yg kemudian ditulis semula dalam whatsapp group. ;)
🔰Perkongsian Iftar tadi🔰
"وَالْوَقْتُ أَنْفَسُ مَا عُنِيْتَ بِحِفْظِهِ # وَأَرَاهُ أَسْهَلَ مَا عَلَيْكَ يَضِيْعُ"
“Waktu itu paling penting yang engkau diminta untuk menjaganya #
dan aku melihatnya padamu mudah hilang sia-sia”
Berdasarkan bait syair ini, dimanakah kita dalam menguruskan waktu?
الوقت عمار أو دمار
Masa ni ada dua samada ia boleh memberi manfaat pd kita @ memberi mudarat/kerosakan pada kita.
Sebagai seorang Mahasiswa(bhs Universiti) kita sekarang ni ,kata Syeikh Abdul Fattah Abu Ghuddah dalam Bab قيمة الزمن ( Menjaga Masa)
في هذه الأيام التي فترت فيها همم الطالبين، وتقاعست غايات المجدين، وندر فيها وجود الطلبة المحترقين بالعلم، فمات النبوع وساد الكسل والخمول، وبرز من جراء ذلك الضعف والتأخر في صفوف أهل العلم وآثارهم.
Apa yg aku faham:
Pada hari ni telah hilangnya (futur) himmah dalam kalangan penuntut ilmu, dan hilang juga pada mereka tujuan mereka belajar, dan jarang sekali ada seorang penuntut yg begitu semangat dalam menuntut ilmu, Maka telah matilah golongan genius dan telah mendominasi golongan² yg malas dan tidak berkredibiliti dalam ilmu, disebabkan oleh itu maka telah muncullah daripada kalangan ahli ilmu itu golongan yg terkebelakang dan lemah, serta memberi kesan kepada yg lainnya.
Hari ini ramainya orang yang berilmu tp tidak ramai orang yang beradab dalam menuntut ilmu.
Mahasiswa yang haraki sepatutnya tidak hanya memikirkan bagaimana cara nak mengubah suatu perkara (yg berkait pentadbiran) yang terok kepada yang lebih baik, tetapi mereka juga perlu memikirkan bagaimana cara nak menambahkan ilmu daripada 1 ilmu kepada 2 ilmu.
Kita perlu menjadi hebat seperti Syeikh Fadhil Noor, Tuan Guru Nik Aziz, Syeikh Haji Yusof Rawa, Ustaz Ibrahim Libya yg mana mereka tidak hanya hebat dalam berpolitik tapi juga dalam keilmuan mereka.
Imam Ya'qub b Ibrahim al-Ansari al-Kufi ( Abu Yusuf ) , beliau masih lagi membincangkan masalah fiqh ketika saat beliau sedang hampir meninggal dunia. Ulama dulu begitu sayangkan masa sehinggakan saat dah naza' pun masih lagi cuba mencari ilmu dan menyampaikan ilmu, inilah ulama² para masyayikh yg dikatakan
طلب العلم من المهد إلى اللحد
tuntutlah ilmu dari dalam kandungan hingga lah kedalam liang lahad.
Kesimpulan
Tolonglah jaga 3 perkara ini :
1- Masa
2- Ilmu
3- Adab
Latih diri kurangkan tidur , moga masa kita lebih panjang dari orang lain.
ولا تموتن إلا وأنتم كاتبون وقارئون
Janganlah kalian mati melainkan kalian sudah menulis dan membaca.
Tak salah nak berorganisasi tapi yang salahnya tidak pandai mengurus masa.
Jika dengan berpuasa itu kita dapat beli sebuah kitab maka berpuasalah.
Teruskan kerja da'wah tanpa meninggalkan ilmu.
______________________________________________________________________________
syukur alhamdulillah sudah lama jiwa minta diisi dengan majlis ilmu dan sedemikian. moga ada manfaatnya untuk akhirat kita.
wallahua'alam
dolphin_lover
nota: inilah kami
extra reminder :)
No comments:
Post a Comment