271211 ------> 271216
Genap 5 tahun sudah pemergian ayahnda tercinta meninggalkan aku dan keluarga dari alam dunia ini.
rindu tak tertahan 5 tahun ini, hanya kiriman doa, tatapan gambar, dan ziarah kubur arwah sahaja pabila aku bereluang untuk pulang ke kampung.
kadang-kadang bila kerinduan memang mata ini akan mula berair, mengingati momen-momen dan belaian ayahku. rindu sangat-sangat. 5 tahun jugalah panggilan " ayah " tidak terbit dari lisanku. haanya emak. itulah emak itulah ayah..
teringat kembali detik-detik terakhir bersama ayah di hospital bainun ipoh, perak. waktu tu jam 1.00 petang. kakak aku yang sulong mengajak turun ke kantin membeli makanan. aku tak mahu ikut. lalu kakak dan 2 orang abang aku turun untuk berehat seketika, tatkala masa yang sama adalah waktu lawatan, sanak saudara ramai berkunjung. hanya aku dan emak yang menemani ayah saat itu. Alhamdulillah, ada hikmah rupanya Allah mengizinkan aku untuk berkhidmat buat kali terakhir dengan ayah. aku ingat lagi dari jam 12.55pm camtu lagi lepas aku baca al-quran di sebelah kanan ayah, aku nampak "peluh" atau titisan air seolah-olah memercik keluar dari dahinya. aku ambil tisu dan lap. masa tu sungguh aku tak tahu itu salah satu tanda sakaratul maut, dia akan pergi. aku bisik pada ayah, ayah berpeluh lah, ayah pernah pesan dulu berpeluh tu tanda orang sihat. aku berbual dengan ayah walaupun tiada respon balas dalam perbualan ku itu. tak mengapa aku tahu ayah dengar sebab dalam keadaan wayar berselirat, pangkal tengkuk atau dada ditebuk dan sebagainya ayah pernah mengeluarkan airmata, aku bertambah yakin bila doktor sendiri beritahu ayah tidak koma, dan tidak juga pengsan. cuma tidak mampu bereaksi secara normal kerana kecedaraan teruk pada bahagian tertentu otaknya.. aku teruskan perbualan cakap ayah mesti kuat, ayah hero, ayah kena kuat, shah tau ayah kuat punya. ni peluh nak sihat dah la ni. tanda nak sihat dah ni. ok la yah, shah sambung baca k. ayah dengar tau. aku teruskan bacaan sehingga mak aku datang. memang menjadi kewajipan bergilir-gilir menjaga ayah antara kami adik beradik dan mak. dan pastinya mak isteri yang solehah tak pernah meninggallkan kedudukannya disisi ayah sepanjang 14 hari ayah di hospital ipoh.
sungguh, setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian. sebaik masuknya waktu zohor dalam jam 1.25 petang. ayahku menghembuskan nafasnya yang terakhir di atas muka bumi ini. ya Rabb, shah redha, shah tau Allah lebih sayangkan ayah. walaupun shah ingat lagi "perjanjian" dengan Allah a.k.a beberapa nazar yang aku dah pasang sekiranya ayah kembali sembuh. ya Allah, beri aku kekuatan untuk redha.
Allahum maghfirlahu warhamhu wa'afihi wa'fu'anhu...
Al-fatihah.
merinduimu ayah,
anakmu
.........................................................................................................................................................
Selagi masih punya peluang, berkhidmatlah kepada ibu bapa semampunya.
Cara berbakti pada ibubapa semasa masih hidup:
1) Menunaikan tanggungjawab sebagai anak yang berguna
2) menggembirakan ibubapa
3) menolong mereka
4) mendoakan mereka setiap kali selesai solat
5) menjaga nama baik mereka
6) menhindarkan diri dari perkara yang mendatangkan kemurkaan mereka
Cara berbakti kepada ibubapa apabila sudah tiada:
1) mendoakan mereka setiap kali selesai solat
2) bersedekah dengan niat menyedekahkan pahala sedekah atau kebaikkan buat mereka
3) menziarahi / mengekalkan jalinan ukhwah dengan kawan-kawan mereka yang masih hidup
4) menjauhi perbuatan yang mendatangkan kemurkaan Allah
p/s: sebarang komentar dan penambahbaikan dialu-alukan. untuk pengetahuan, rujukan rasmi untuk cara-cara ini saya tidak dapat sertakan. ini berdasarkan pengalaman dan sedikit ilmu yang dipelajari. semoga bermanfaat.
Tabarakallah..
cintaku dunia akhirat
kenangan terakhir di KLIA. (2009)
Sumber inspirasi