Assalamualaikum dunia..
apa khabar semua..
Rasa hati nak berkongsi sesuatu..
tentang apa?
pulau perhentian?? fyp?? belum lagi kan.. xpe nanti dulu
throwback korea?? akan datang la..
dunia hiking?? travel?? alam??
menyusul kemudian semua tu
inshaAllah aku nak kongsi sikit tentang satu event besar buat masyarakat dan rakyat Malaysia iaitu....
BERSIH 5
Sekali lagi tanggal 19 November 2016, rakyat Malaysia sekali lagi akan berkumpul, berhimpun beramai-ramai berarak ke Dataran Merdeka untuk suatu matlamat dan misi yang sama.
Iaitu membawa misi jelas dengan 5 tuntutan terhadap kerajaan memerintah sekarang.
baiklah aku senaraikan la ye 5 tuntutan BERSIH 5. (mungkin ada yang tak tahu)
1) pilihan raya bersih dan adil.
untuk kebebasan memilih sesiapa yang rakyat mahukan sebagai kerajaan. rakyat juga mahukan pilihan raya yang adil, telus, ada integriti, tidak mengambil kesempatan mahupun korupsi dan elak sebarang pilih kasih. kalau di media parti kau boleh berkempen, buka juga ruang dan peluang untuk parti-parti lain berkempen dengan mekanisme yang sama. barulah saksama dan tidak bias. di Turki ya perkara ini jadi kelaziman malah ada peruntukan lagi buat semua parti yang terlibat. tapi di Malaysia..?? ada akal ada mata ada nilai kau boleh fikirkan sendiri.
2) kerajaan bersih
pemimpin yang jujur yang berkhidmat untuk rakyat, bukan untuk poketnya sendiri ataupun koloni. aku dalam bab ni aku fikir bukan apa tau, paling koman pun kita mahupun kerajaan yang TIDAK MENIPU RAKYATNYA SENDIRI. sekali lagi paling koman, paling takpun, paling cikai, habis-habis pun cukup la tu ada. haa, tudia punya taukid. apa yang aku dengar dalam satu talk baru ni. tentang krisis ekonomi di Amerika contohnya. kerajaan tidak boleh nak kita dakwa menipu rakyat sebab minit mesyuarat ka, meeting2 ka, report2 ka, perbincangan isu negara oleh misalnya akan di berimaklum juga kepada rakyat. semuanya direkod untuk tontonan dan makluman rakyat. tapi kat Malaysia.. hehe, sorry la beb. contoh je saja aku bawa. apa2pun pastinya kita rakyat marhaen nakkan PEMIMPIN YANG BERSIH DARI SEBARANG PENYELEWENGAN PENIPUAN DAN KORUPSI
3) memperkukuhkan demokrasi berparlimen
Untuk penggubalan undang-undang yang baik,disamping ianya mengawasi kerajaan dan mewakili kehendak dan suara rakyat. realiti sistem demokrasi yang digunapakai oleh negara kita Malaysia selepas negara ini dijajah, adalah satu sistem yang tidak lari dengan Islam. maksud aku pada intipatinya, memang kalau korang baca kitab Dr Sheikh Yusuf Qardhawi jilid 2 Fatwa Kontemporari. korang boleh jumpa dan baca pandangan beliau tentang demokrasi. justeru untuk konteks Malaysia, BERSIH menuntut pengukuhan dalam aspek pelaksanaan dan pengaplikasian sistem itu sendiri. nak xnak memang balik pada kerajaan lagi la.
4) hak membantah /bersuara
untuk menyuarakan pendapat DAN tidak ditangkap hanya kerana pendapat yang berbeza. aku malas nak ulas panjang soal ini, tapi suaut benda aku boleh sebut tolong la dengar SUARA KAMI. SUARA RAKYAT SUARA MAHASISWA SUARA PETANI SUARA ASKAR PENCEN SUARA PARA PENDIDIK SUARA RAKYAT MALAYSIA.
5) Mempekasakan Sabah dan Sarawak.
Untuk menikmati hak dan pembangunan yang setara dan saksama. harapan aku sabah sarawak ini nasisb mereka jyga turut terbela. janganlah kerajaan datang tabur "dedak" bila hendak dekat pilihan raya. jijik amat tindakan sebegini. cukup-cukup yang di atas mewah berlipat ganda, rakyat di bawah merana tak terkata.
oklah korang..
TURUN BERSIH 5 ya.
19 NOV 2016 (Sabtu)
aku nak turun sebagai geng hijau la.
team-team jaga kebersihan sepanjang perhimpuan aman BERSIH 5.
buat apa pun alam ni kena jaga baik-baik beb. :)
No comments:
Post a Comment