assalamualaikum wbt.
untuk introduction ini aku nak berkongsi sedikit pandangan aku berkenaan reaksi muslim dengan alam.
Kesedaran Alam Sekitar : Pilihan atau Kewajipan?
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".
Ramai orang gah bercerita tentang betapa pentingnya alam sekitar, namun sejauh mana gagahnya dalam melaksanakan kesedaran tersebut? Ramai orang yang pantas menggunakan sumber, tetapi tidak pula pantas mengurus dan memulihara sumber tersebut.
Dalam era pembangunan ini, kita sedang melakukan kezaliman terhadap alam tanpa kita sedar mahupun sedar. Sepertimana yang berlaku di China yang ramai maklum antara negara yang termaju, namun berdasarkan rekod Badan Kesihatan PBB (WHO) merupakan antara top 3 negara yang mencatat polusi tertinggi di dunia. Saya rasa ditempelak bila melihat usaha golongan aktivis Greenpeace Malaysia yang mengecam tindakan pembakaran hutan oleh IOI Group bulan lalu. Suatu yang menghairankan bilamana orang luar yang sibuk memperjuangkan isu alam di negara sendiri sedang kita masih leka dan tidak cakna dengan sekitar. Orang lain pula yang nampak, situasi mereka ini dalam bahaya. Di manakah kita sebagai rakyat Malaysia? Hutan negara sendiri orang lain yang ambil perhatian.
Sebagai muslim, kita perlu melihat Islam dan anjurannya sangat lengkap dan menyeluruh dalam mengatur hidup manusia. Justeru muslim itu sendiri perlu menjelajah mencari pedoman untuk diamalkan dalam konteks kehidupan. Sebagaimana yang disebut dalam surah al-Baqarah di atas.
Apakah kita memahami peranan khalifah mengurus dan mentadbir itu dalam skop pemerintahan, kepimpinan, kekuasaan, atau kenegaraan semata-mata? Kenapa perlu ada mentaliti sedemikian? Mengecilkan skop pemikiran pada satu jalur.Walhal, kita perlu sedar dan buka minda bahawa tugas khalifah ini turut berfokus kepada aspek menguruskan alam sekitar. Dan lebih kemas lagi pada pandangan saya pihak yang punya autoriti/kuasa memiliki nilai dan ruh hijau ini lalu memaknainya dalam konteks pentadbiran mereka.
Apakah kita memahami peranan khalifah mengurus dan mentadbir itu dalam skop pemerintahan, kepimpinan, kekuasaan, atau kenegaraan semata-mata? Kenapa perlu ada mentaliti sedemikian? Mengecilkan skop pemikiran pada satu jalur.Walhal, kita perlu sedar dan buka minda bahawa tugas khalifah ini turut berfokus kepada aspek menguruskan alam sekitar. Dan lebih kemas lagi pada pandangan saya pihak yang punya autoriti/kuasa memiliki nilai dan ruh hijau ini lalu memaknainya dalam konteks pentadbiran mereka.
_______________________________
budak pulau mohon undur diri. actually aku ini orangnya santai dan tidaklah terlalu formal. tapi untuk artikel atas ni, faham je kan? sekali sekala mungkin dalam penulisan kena ada skema2, dan formal. bagi aku ia simbolik keseriusan dan penekanan terhadap isu yang dipersembahkan. terima kasih semua. kalau ade idea penambahanbaikan sgt dialu-alukan.
-dolphin lover-
next entry ak cerita alkisah budak aishah & pulau perhentian ya... *smile
wassalam
No comments:
Post a Comment