231216 : Saat Memilukan Ujian Buat Insan Berbeda-beda
Cakaplah apa pun, tetap aku yang salah. luah sahabat ku ini.
__________________________________________________
__________________________________________________
aku dituduh itu ini gara-gara berkawan dengan ramai yang mempunyai pelbagai latar belakang pendirian, pemikiran atau jemaah. tetapi aku yakin semua itu wasilah, matlamatnya masih sama untuk bawa Islam, untuk tinggikan Islam. mengapa segolongan ini terlalu keras menolak "wasilah" yang lain itu sedang kita saling melengkapi. aku benar-benar kebingungan. Letih menjawab, berhujjah, bersoal jawab.
jalan terbaik aku fikir lebih baik aku diam. sebabnya semua yang keluar dari lisanku tidak sedikit pun mereka dengari malah mencari salah lagi. aku kecewa, dituduh khianat, dituduh sesat, dituduh lawan tok guru.. Ayuh kemukakan bukti, jangan sedap menfitnah (memang dunia akhir zaman pun sekarang, fitnah sana sini), khawatir siapa yang bisa saja muflis di akhirat nanti. ingat itu. nauzubillahi min zalik.
aku cuba untuk bertahn, letih bertekak. aku bilang begini, mereka cantas begitu, aku sebut yang ini, mereka kata aku bertaqiah, ak ngomong macam ni, mereka kata aku sombong, aku kata itu ini mereka kata berlakon dan sebagainya. nah, lalu dimana ruang yang membenarkan aku. sungguh tidak adil 4 orang menujah pada aku seorang. tak mengapa Allah ada. Allah ada.
tunjukkan aku jalan yang lurus wahai Tuhan semesta alam.
mengalah, berhentilah, jangan dilayan. aku hanya fikirkan ibu ku sahaja. kerna ibu aku cuba kuat. cuba tenang. tidak sedikit pun air mata menitis. aku tahan setahan-tahannya dihadapan mereka. pabila menjejak kaki kedalam bilik. aku segera menyambar terjemahan Al-Quran yang aku beli di salah sebuah kedai buku d Kota Bharu Kelantan 4 tahun dulu. tatkala itu pandangan mata sudah agak sedikit kabur. fikiran jadi serabut, fokus untuk belajar terbang melayang, konsebtrasi aku lari entah ke mana. lalu aku buka mukjizat teragung junjungan mulia, Rasulullah SAW. Allahu Akbar.
terharu hambamu ini duhai tuhan, terima kasih atas hadiah kalamMu yang terlalu mulia.
ayat pertama yang aku terbaca ketika itu adalah ayat ke-20 dari surah Ali Imran. kejap aku sertakan sekali ayatnya;
فَإِنْ حَاجُّوكَ فَقُلْ أَسْلَمْتُ وَجْهِيَ لِلَّهِ وَمَنِ اتَّبَعَنِ ۗ وَقُل لِّلَّذِينَ أُوتُوا الْكِتَابَ وَالْأُمِّيِّينَ أَأَسْلَمْتُمْ ۚ فَإِنْ أَسْلَمُوا فَقَدِ اهْتَدَوا ۖ وَّإِن تَوَلَّوْا فَإِنَّمَا عَلَيْكَ الْبَلَاغُ ۗ وَاللَّهُ بَصِيرٌ بِالْعِبَادِ
meaning: "So if they argue with you, say, "I have submitted myself to Allah [in Islam], and [so have] those who follow me." And say to those who were given the Scripture and [to] the unlearned, "Have you submitted yourselves?" And if they submit [in Islam], they are rightly guided; but if they turn away - then upon you is only the [duty of] notification. And Allah is Seeing of [His] servants."
aku terkesima dengan firman Allah pada ayat ini. kemudian jika mereka berdebat denganmu (Muhammad) katakanlah, " Aku berserah diri kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutiku ...
deras air mata mengalir. rasa jiwa ini seolah-olah sedang dipujuk Dia. sedang aku benar-benar down dan sedih tidak terkata, merindukan arwah ayah dan belaiannya. sangat rindu kata-kata semangat ayahnda, nasihat dan teguran dia sangat sangat sangat berhikmah. tidak seperti mereka yang mengherdik dan menghukumku sehingga aku benar-benar tertekan dan terfikir apa aku ini sudah murtadkah? memangnya mereka ini pasti ke syurga? selain mereka adalah salah? seolah-olah sudah ambil alih kerja tuhan? "tahu" semua perkara, hukum orang itu ini, guna dalil sewenang-wenangnya. malang-malang. namun begitu, Alhamdulillah Allah ada. aku cuba kuat kerana Dia, arwah ayah, dan ibu yang semakin lanjut usia.
cuma harapanku semua ini akan berakhir, hatta aku tega meletakkan kematianku sebagai "tebusan" jika ia boleh menyelesaikan perpecahan yang berlaku. aku rindu punya keluarga seperti dahulu. harmoni dan aman.
moga Allah mengkabulkan permintaan aku kali ini... aamiin ya rabb 'alamin.
__________________________________________________________________
begitulah luahan rasa hatinya, semoga terus kuat, thabat dan istiqamah atas jalan perjuangan membawa Islam ini. semoga Allah mempermudahkan usaha, urusan dan niat murnimu untuk berbakti kepada agama, ibu ayah, ahli keluarga dan masyarakat di luar sana. moga sentiasa jalan yang kau pilih, dilandasi dengan petunjuk dari Nya.
__________________________________________________________________
begitulah luahan rasa hatinya, semoga terus kuat, thabat dan istiqamah atas jalan perjuangan membawa Islam ini. semoga Allah mempermudahkan usaha, urusan dan niat murnimu untuk berbakti kepada agama, ibu ayah, ahli keluarga dan masyarakat di luar sana. moga sentiasa jalan yang kau pilih, dilandasi dengan petunjuk dari Nya.
sahabatmu: earth lover
No comments:
Post a Comment