Sekian lama tak menulis,
kali ini sis kembali dengan rasa di hati nak berkongsi keberhasilan menyiapkan disertasi sarjana pada Julai 2023. Alhamdulillah, Allah rezkikan bergraduasi pada November 2023. Bila diingat kembali, rasa percaya tak percaya sahaja, berjaya selesaikan musafir ilmu yang penuh ujian, mehnah dan berendam pelbagai rasa. Bayangkan itu baru permulaan dalam pengembaraan ilmu yang lebih luas ke depan, ini memang amanat dan selalu disebut-sebut oleh para asatizah.
Bila diingatkan kembali kenangan ketika itu, sesekali rasa kecewa, jatuh dan persoal kepada Allah macam-macam perkara, tapi rupanya sekarang baru sis mengerti kemanisan di setiap tribulasi yang dihadap. Sungguh! beberapa kali "zikir" nak quit, rasa tak mampu dah untuk carry on dengan pengajian sarjana tu, sudah la dengan duit poket sendiri, tiada kerja tetap, tinggal pula kota raya Kuala Lumpur yang serba serbi perlukan wang. Tapi rahmat Allah itu lebih luas. Yakin itu. benar sekali. Bahkan detik-detik paling bawah itulah rupanya penguat jiwa kita sebab waktu itu kita makin dan bertambah mendekat dengan Allah. sungguh ni, kalau Allah tak kasih, kalau Allah tak izinkan. belum tentu sis dan kita semua berjaya mengharungi onak berliku ini. ya Allah, terima kasih ya Allah kerana tidak pernah meninggalkan hambaMu.
Di kesempatan ini, sis nak kongsi beberapa doa dan amalan yang sis yakin dan percaya untuk kita praktikkan dalam kehidupan seharian, mudah-mudahan kita menjadi hamba yang bertakwa, dan berjaya di dunia dan akhirat. Ini antara pesanan yang arwah ayah tinggalkan, yup! setiap kali balik ke asrama, sebaik sahaja turun dari motor, ayah pass beg baju dan apabila bersalaman pasti ayah sebutkan berulang-ulang kali, jangan tinggal tahajud, taubat, hajat, baca inna fatahna dan wa mayyat taqillah... selalu. ya beginilah kebiasaan dialog ayah sampai sis dah hafal dan kadang-kadang mengusik ayah dengan mengajuk percakapan nasihatnya :) sambil tersenyum kedua kami. dan pastinya waktu bersalaman dan menunduk kepala ke tangan ayah, ayah seperti membaca sesuatu dan hembus di ubun kepala- sungguh sis rindu momen itu teramat sangat. Al-Fatihah buat ayahanda tercinta.
Baiklah, sambung balik, ini antara kunci yang sis pegang dan cubalah kita amalkan: Cuma sebelum tu, kalian peganglah al-Quran untuk diselak halaman yang dimaksudkan/ atau ya nak mudah optimumkan penggunaan teknologi dan kemudahan masa kini. Baik, ini senarainya:
1. Surah al-Fath, juzuk 26, surah yang ke-48, ayat 1-4: (elok diamal setiap hari, khususnya memulakan pagi, sebelum belajar, sebelum ke kerja)
2. Surah at-Talaq, juzuk 28, surah yang ke-65, ayat 2-3: (dikenali sebagai ayat seribu dinar, kebiasaan orang niat untuk rezeki dan nikmat mencurah-curah, dulu sis selalu baca waktu menunggang motosikal ke tempat belajar :), tapi wajib fokus pemanduan ya.
3. Surah al-Baqarah, juzuk 3, surah pertama, ayat 255: (juga dikenali sebagai ayatul kursi, bacalah selepas setiap kali solat, inshaAllah beroleh perlindungan dari pelbagai kejahatan dan anasir buruk)
Amalkan ya, biar sedikit, tetapi konsisten dan istiqamah, apabila sudah sebati dalam jiwa kita, kita pertingkatkan lagi dengan amalan-amalan lain.
Nukilan santai ini diharapkan dapat memberi manfaat buat diri sendiri dan rakan-rakan pembaca. Sis tidak berhasrat melampirkan hadis berkenaan fadhilat doa-doa dari ayat al-quran yang dikongsikan, yang pasti semua kalam Allah adalah terbaik dan penuh kemuliaan dan kelebihan yang pasti tidak dapat disangkal sama sekali. Sesungguhnya semua kebaikan adalah dari Allah, dan yang buruk dan kurang juga dari Allah tapi melalui kelemahan iman, ilmu dan amal sis sendiri.
Wallahua'lam.
Adapun peringatan ini lebih dekat dengan penyampai peringatan itu.
Tulus,
Sis A
No comments:
Post a Comment