Buat teman-temanku sekalian,
Semoga semua bersemangat dan konsisten dalam menjalani tarbiyyah sepanjang dalam madrasah Ramadan kali ini.
Di sini shah nak ingatkan sedikit tentang beberapa perkara kita kena jaga di samping melaksanakan ibadat. pesanan bersama ini untuk mengingatkan kita agar tidak mencemari amalan/ ganjaran kita dengan perbuatan yang bisa mendatangkan mafsadah kepada alam sekitar.
Justeru, ayuh sama-sama praktikkan ni. tak dapat semua, tiga empat pun jadi lah:
1) elakkan pembaziran dalam penggunaan air
2) elakkan pembaziran dalam penggunaan tenaga
3) elakkan pembaziran makanan
4) elakkan penggunaan material sekali pakai macam straw (penyedut minuman)
5) elakkan penggunaan beg plastik (terutama ketika membeli belah di bazar ramadan)
6) bawa beg sendiri
7) lebih baik bawa bekas makanan sendiri
Semoga bermanfaat dan semoga dengan usaha & tindakan kita yang kecil ni, dapat memberi impak yang besar kepada makhluk lain dan alam sekitar. inilah contoh ihsan yang diajar dalam Islam. Biasa amalan ni orang Jepun dah praktik dulu tapi nama konsep tu "omouyari", jenis perangai fikir orang lain atau selepas ni jadi apa, impaknya pada apa, kesan baik ke tak baik lepas ni. lebih kurang macam tu la. nak cakapnya concern tu.
ok, sebagai pengakhiran coretan shah ni, jemputlah dengar shah berceloteh sikit kat vid bawah ni.
ok,
lastly, jom sama-sama kejar malam lailatulqadar, pasang niat dari sekarang ye.
ok, dah cukup. esok nak sahur. 😅
Ramadan Kareem,
Allahu Akram
-pemburu malam 1000 bulan-
No comments:
Post a Comment