Saturday, 15 February 2020

COVID 19, Maknyah Bertelekung di Tanah Suci, Pemergian Abam Bocey... Renung dan Ambillah Iktibar

Belakangan ni aku sendirian berfikir & merenung hikmah satu persatu peristiwa yang berlaku dan tidak melampau untuk aku katakan ia trending di Malaysia. Kenapa Allah datangkan sesuatu itu terjadi. Aku jadi terkesima & tertanya-tanya apa Allah nak tunjukkan pada hambaNya pula kali ni.

Setiap perkara pasti ada hikmahnya:

1. Adanya serangan penyakit virus korona 2019 @ COVID 19 yang begitu misteri & begitu  cepat melarat kian hari. Virus yg diciptakan Allah sekecil-kecil makhluk itu amat berbahaya & membuatkan manusia takut dengannya. MashaAllah. Bukankah ini bermakna "kuasa" yang mencipta virus itu lebih kuat & patut ditakuti melebihi segala-galanya.  Allahu ya A’zim. Lemahnya kami ini tanpa pertolongan dariMu. Kawan-kawan boleh rujuk maklumat berkaitan COVID 19 dalam link Wealth Health Organization ni https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019


2. Isu lelaki bertelekung di tanah suci yang bagiku amat memelikkan dan biadap. Pelbagai andaian hadir tatkala terfikirkan kegamakkan perbuatan insan-insan terbabit & persoalan juga timbul akan mengapakah Allah mengizinkan hal sebegini berlaku. Yang aku amat yakin, ia adalah termasuk perkara yang diizinkan Allah  namun tak diredhaiNya. Sakit hati ini tatkala tanah suci yang amat dicintai namun belum rezeki untuk aku jejaki itu dicemari dengan perbuatan sedemikian. Allahu Akhbar. Tapi, aku yakin Allah takkan menjadikan sesuatu itu sia-sia. Pasti ada ibrah/ pengajaran yang patut kita gali & renungkan bersama, meskipun hati terasa pedih benar dengan perlakuan demikian. Dari peristiwa ini aku baru tahu tentang perbahasan berhubung isu lelaki menyerupai perempuan dalam pendekatan Rasulullah, hukum-hukum fiqh & sebagainya. Dalam konteks keilmuan aku mendapat sesuatu yang positif dari kejadian pelik insan-insan terbabit. Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah buat mereka. Sekalipun aku geram dengan tindakan mereka, aku masih berharap Allah pandu mereka untuk kembali kepada fitrah asal & menjadi hamba yang soleh kerana jika cercaan & makian  yang dilemparkan tidak mendatangkan kebaikan bersama kerna aku begitu yakin pengakhiran hidup adalah perkara terpenting dalam nilaian Tuhan. Siapa tahu, suatu hari nanti mereka berubah & tidak mustahil lebih baik dari kita. Semoga semua kita sentiasa di bawah rahmat & petunjuk Dia. Allah yang Maha Mengasihani akan hamba-hambaNya. Di sini suka untuk dikongsikan suatu peringatan yang berhikmah dan menarik bagiku disampaikan oleh Saudara Hazeman Huzir https://www.youtube.com/watch?v=m8J3kofRbSE


3. Berita pemergian Abam Bocey yang amat dicemburui & diimpikan kebanyakkan Muslim.  Allahu Akbar, semoga Allah merahmati Allahyarham Abam. Sungguh meskipun sekadar peminat dari jauh aku juga terkesan dengan pemergian dia. Tatkala aku mendapat khabar tentang Abam sudah tiada, peringatan tentang mati itu benar-benar mengetuk hati ini. Benarlah, sebaik-baik peringatan adalah dengan mengingati mati dan kata Imam Ghazali kematian adalah sahabat yang paling dekat dengan kita. Allahu, peristiwa pemergian Abam dengan ribuan orang menyembahyangkan dan mendoakan arwah serta pelbagai lagi bukti jelas di dunia ini yang Allah tunjuk akan redhaNya Allah pada Dia. Maka, aku jadi tertanya-tanya apakah amalan dia sehingga begitu mencemburukan kisah pemergian arwah. Usai pemergian dia, segala amalan kebaikan dia disebut-sebut oleh masyarakat dan ini adalah peringatan dan pengajaran yang sedang Allah tunjukkan pada kita. Allah memuliakan orang yang memuliakan anak yatim, membantu orang susah, berinfak, meraikan @ bagi orang makan dan sebagainya. Aku nak share salah satu link youtube berkaitan yang aku tonton dari Malaysia Gazet live yang menemubual Ali Puteh (adik kepada arwah Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey @ Abam Bocey)    https://www.youtube.com/watch?v=JoEQNfmGnhU  dan ambillah iktibar dari perkongsian ramai para asatizah tentang amalan kebaikan yang dipraktikkan arwah. Al-Fatihah (dibaca). Kita takkan boleh jadi perfect tapi boleh jadi baik.
#kitabaikramaisayang
 Semoga kita semua diberkati dan dilindungi Allah sentiasa dunia dan akhirat.

Perenung hikmah, 
I-Shah Mumtazah