Friday, 24 July 2020

NUKILANKU TENTANG ALAM SEKITAR

Assalamualaikum semua. Harapnya semua sihat. Tarikh hari ni antara hari istimewa buat diri ini. 😉

Justeru, entry hari ni adalah kompilasi karya shah masa lapang tentang alam sekitar. Hope u guys enjoy read it. #islamicenvironmentalist #enviromentalfighter

<><><><><><><><><><><><>

1) Alkisah dilema plastik,

Kau manusia butuh padaku,
Banyak perkara dalam hidup kau gunakan aku,

Tika membeli, kau nak juga aku disisi,
Padahal boleh saja kau tolak & bawa beg kain kau sendiri,

Usai kau guna bukan kau nak reuse, kurang cecah 1 jam,
Kau lempar aku kepada alam,

Melayang aku & kawan-kawan,
Terhumban kami di darat & lautan,

Yang di daratan, kau bising percemaran & kemalangan,
Belum campur tatkala banjir kerna tersumbatnya kami di saliran,

Yang di lautan, lemas kami terkumpul di Great Pacific Garbage Patch,
Kadang terpisah kami, tahu-tahu ada di negara orang luas,
Ada juga sebahagian kami berenang menghempas pantai,
Ada yang jadi microplastic dek ombak membantai,

Kau pikir luputkah kami dengan cara ini?
Se”micro” mana pun kami- terumbu karang pun boleh kami tembusi,
Apatah lagi yang saiz besar gergasi,
Paus pun boleh mati,
Penyu pun boleh tersalah makan ingatkan obor padahal kami,
Waduh banyak lagi bahana kami kalau kau peduli,

Ha, Kau tahu tak berapa lama untuk kami lenyap dari Bumi???
Ha google cari,
Harap sedar sendiri.


<><><><><><><><><><><><><>

2) Angkara kita

Alam rosak
Bumi hilang pasak

Udara tercemar
Virus tersebar

Kimia dihidu
Kesihatan terganggu

Minda jadi tepu
Akal tak mampu memandu
Kewarasan tidak lagi berpadu
Dek habuan nafsu

Semuanya angkara kita
Yang malas & ingkar pada kita jaga kita. 

<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>
Guys, nanti shah sambung lagi InshaAllah di kesempatan lain.
Semoga Allah redha kita.

Alam ini anugerah yang bersamanya datang amanah.
Di sana nanti bakal disoal, apa yang kita buat terhadap pinjaman anugerah ini.
Jom ubah kepada gaya hidup lestari. Bukan hari ni bila lagi???

Pencinta alam, 
I-shah Mumtazah.


Subscribe to Mohamed Tarek Official Channel اشترك في القناة الرسمية لمحمد طارق http://bit.ly/MohamedTarekYT #MohamedTarek #محمد_طارق #Aisyah استمع إلى أنشودة عائشة بصوت محمد طارق ومحمد يوسف: http://bit.ly/MohamedTarek_MohamedYou... استمع الى ميدلي في حب النبي - محمد طارق و محمد يوسف https://www.youtube.com/watch?v=jcAo3... استمع الى ميدلي لغة الاشارة محمد طارق و سارة الجوهري https://www.youtube.com/watch?v=_MluO... Nasyid Lirik كلمات الأنشودة:


ضياء منه القمر يستحي كُلُّ النِّسَاءِ تَؤَدّ أَنْ تَكُون مِثلَكي يَا عَائِشَةُ بِنْتُ أَبِى بَكْرٍ حَبِيببُ رَسُولُ اللَّهِ فازت بِقَلْبِ خَيْرٌ الْمُرْسَلِين فِي الْعِلْمِ فَاقَت عِلمَ كُلِّ الْعَالَمِين خَبَرٌ جَلِيلٌ يَزِفهُ جِبْرِيل يَجُوبُ الدُنْيا عائشة حَبَاكِ اللَّهُ حُبَّ مَنْ يُحِبُّهُ فَصِرتي أَحَبُّ النَّاسِ لِقُلُوب الْمُسْلِمِين بِنْتِ أَبِي بكرٍ حَبيبِ رَفيقِ النَّبِيِّ رسول الله عائشة حَبَاكِ اللَّهُ حُبَّ مَنْ يُحِبُّهُ فصرتي أَحَبُّ النَّاسِ لِقُلُوب الْمُسْلِمِين بِنْتِ أَبِي بكرٍ يَا عَائِشَةُ حَمِيرًا حَبِيب رَفِيقِ النَّبِىّ رَسُولُ اللَّهِ رَفِيقهُ النَّبِيِّ فِي الْحَيَاةِ حُبّ النَّبِيّ لَهَا يَفُوق الْمُعْجِزَات ياعائشه بِنْتُ أَبِى بَكْرٍ زَوْجَةُ رَسُولِ اللَّهِ رَفِيقِه النَّبِيِّ فِي الْحَيَاةِ حُبُّ النَّبِيّ لَهَا يَفُوقُ الْمُعْجِزَات ياعائشه بِنْتُ أَبِى بَكْرٍ زَوْجَةُ رَسُولِ اللَّهِ عائشة حَبَاكِ اللَّهُ حُبَّ مَنْ يُحِبُّهُ فصرتي أَحَبُّ النَّاسِ لِقُلُوب الْمُسْلِمِين بِنْتُ أَبِي بكرٍ حَبِيب رَفِيقِ النَّبِيِّ رسول الله عائشة











Follow Mohamed Tarek official accounts تابعوا محمد طارق Facebook: http://bit.ly/MohammedTarekFB Instagram: http://bit.ly/MohammedTarekIG Soundcloud: http://bit.ly/MohamedTarekSoundCloud Lyrics: Walid salahuddin Music Arranger & Mix: Mahmoud Awad Recording Studio: @Esma3naa - إسمعنا Special thanks to: Muhamed zain Mahmoud ElMohandes

Saturday, 15 February 2020

COVID 19, Maknyah Bertelekung di Tanah Suci, Pemergian Abam Bocey... Renung dan Ambillah Iktibar

Belakangan ni aku sendirian berfikir & merenung hikmah satu persatu peristiwa yang berlaku dan tidak melampau untuk aku katakan ia trending di Malaysia. Kenapa Allah datangkan sesuatu itu terjadi. Aku jadi terkesima & tertanya-tanya apa Allah nak tunjukkan pada hambaNya pula kali ni.

Setiap perkara pasti ada hikmahnya:

1. Adanya serangan penyakit virus korona 2019 @ COVID 19 yang begitu misteri & begitu  cepat melarat kian hari. Virus yg diciptakan Allah sekecil-kecil makhluk itu amat berbahaya & membuatkan manusia takut dengannya. MashaAllah. Bukankah ini bermakna "kuasa" yang mencipta virus itu lebih kuat & patut ditakuti melebihi segala-galanya.  Allahu ya A’zim. Lemahnya kami ini tanpa pertolongan dariMu. Kawan-kawan boleh rujuk maklumat berkaitan COVID 19 dalam link Wealth Health Organization ni https://www.who.int/emergencies/diseases/novel-coronavirus-2019


2. Isu lelaki bertelekung di tanah suci yang bagiku amat memelikkan dan biadap. Pelbagai andaian hadir tatkala terfikirkan kegamakkan perbuatan insan-insan terbabit & persoalan juga timbul akan mengapakah Allah mengizinkan hal sebegini berlaku. Yang aku amat yakin, ia adalah termasuk perkara yang diizinkan Allah  namun tak diredhaiNya. Sakit hati ini tatkala tanah suci yang amat dicintai namun belum rezeki untuk aku jejaki itu dicemari dengan perbuatan sedemikian. Allahu Akhbar. Tapi, aku yakin Allah takkan menjadikan sesuatu itu sia-sia. Pasti ada ibrah/ pengajaran yang patut kita gali & renungkan bersama, meskipun hati terasa pedih benar dengan perlakuan demikian. Dari peristiwa ini aku baru tahu tentang perbahasan berhubung isu lelaki menyerupai perempuan dalam pendekatan Rasulullah, hukum-hukum fiqh & sebagainya. Dalam konteks keilmuan aku mendapat sesuatu yang positif dari kejadian pelik insan-insan terbabit. Semoga Allah memberi taufiq dan hidayah buat mereka. Sekalipun aku geram dengan tindakan mereka, aku masih berharap Allah pandu mereka untuk kembali kepada fitrah asal & menjadi hamba yang soleh kerana jika cercaan & makian  yang dilemparkan tidak mendatangkan kebaikan bersama kerna aku begitu yakin pengakhiran hidup adalah perkara terpenting dalam nilaian Tuhan. Siapa tahu, suatu hari nanti mereka berubah & tidak mustahil lebih baik dari kita. Semoga semua kita sentiasa di bawah rahmat & petunjuk Dia. Allah yang Maha Mengasihani akan hamba-hambaNya. Di sini suka untuk dikongsikan suatu peringatan yang berhikmah dan menarik bagiku disampaikan oleh Saudara Hazeman Huzir https://www.youtube.com/watch?v=m8J3kofRbSE


3. Berita pemergian Abam Bocey yang amat dicemburui & diimpikan kebanyakkan Muslim.  Allahu Akbar, semoga Allah merahmati Allahyarham Abam. Sungguh meskipun sekadar peminat dari jauh aku juga terkesan dengan pemergian dia. Tatkala aku mendapat khabar tentang Abam sudah tiada, peringatan tentang mati itu benar-benar mengetuk hati ini. Benarlah, sebaik-baik peringatan adalah dengan mengingati mati dan kata Imam Ghazali kematian adalah sahabat yang paling dekat dengan kita. Allahu, peristiwa pemergian Abam dengan ribuan orang menyembahyangkan dan mendoakan arwah serta pelbagai lagi bukti jelas di dunia ini yang Allah tunjuk akan redhaNya Allah pada Dia. Maka, aku jadi tertanya-tanya apakah amalan dia sehingga begitu mencemburukan kisah pemergian arwah. Usai pemergian dia, segala amalan kebaikan dia disebut-sebut oleh masyarakat dan ini adalah peringatan dan pengajaran yang sedang Allah tunjukkan pada kita. Allah memuliakan orang yang memuliakan anak yatim, membantu orang susah, berinfak, meraikan @ bagi orang makan dan sebagainya. Aku nak share salah satu link youtube berkaitan yang aku tonton dari Malaysia Gazet live yang menemubual Ali Puteh (adik kepada arwah Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey @ Abam Bocey)    https://www.youtube.com/watch?v=JoEQNfmGnhU  dan ambillah iktibar dari perkongsian ramai para asatizah tentang amalan kebaikan yang dipraktikkan arwah. Al-Fatihah (dibaca). Kita takkan boleh jadi perfect tapi boleh jadi baik.
#kitabaikramaisayang
 Semoga kita semua diberkati dan dilindungi Allah sentiasa dunia dan akhirat.

Perenung hikmah, 
I-Shah Mumtazah

Wednesday, 15 January 2020

APA NAK BUAT?

Assalamualaikum wrt wbt,
Hopefully u guys in a very well health, always be happy and positive with all those things came in your daily.

Nothing to write initially, errmmm... but something to be mentioned...
Ok. Shah nak tanya, kalau korang rasa kosong, rasa bored, rasa useless, rasa not strong yet to face anything, rasa malas, rasa tak produktif langsung, rasa blur dengan tujuan hidup, rasa terlalu leka dalam comfort zone, rasa sedar diri tak berapa baik dalam pelbagai aspek tapi susah nak buat perubahan, rasa teruk, rasa apa aku nak buat walhal ak sedar je ak malas sangat dan tak bersemangat langsung nak ubah diri, eventually rasa fail.
Pernah rasa tak senarai shah tulis atas ni & apa yang korang buat bila datang rasa2 macam tu???

Some opinions will encourage you to consult with the doctors, cause it's like kind of depression symptoms, some may advice u to take care of your relationship with Allah, never leave Him behind, u're not alone, He always be with you. just never stop prayers and doa. etc. nothing to deny with that way right. 

Let's say, those "rasa" still coming after u undergo both process as above. like nothing changes. are u going to give it up??? Ok wait! please remind yourself, SABAR, be patient along the "treatment" journey especially about you and Allah (Khaliq). it's continuously booster and treatment even for normal people out there. Therefore, never put Him aside in whatever things u do and stay solat. 

Sometimes, kita dah solat and everything, kita still rasa Allah uji kita dengan hal yang sama atau lebih teruk. padahal kita dah doa and doa. Ingat jangan putus asa. Reflect yourself, do not blame Allah, yourself and others. Allah uji sebab Allah sayang, Allah sangat baik, Dia nak hambaNya pun baik, Dia nak kita menangis merayu spend more time with Him, jangan berkira masa nak solat and berdoa, dan muhasabah balik, adakah kita solat sebab usual ritual tanpa rasa apa-apa, apakah benar sebelum ini kita bersungguh-sungguh communicate dengan Allah dalam doa. bersungguh2 dengan penghayatan atau ala kadar je kita solat dan doa tu? how about hubungan kita dengan manusia dan alam (makhluk Allah yang lain)? kita jaga tak adab dan akhlak? kita jaga tak hubungan silaturrahim?

First thing first, please love yourself first. (so many first 😊😂). ok, cuba buat nanti, find a good place for u & Allah, lapangkan minda, tenangkan fikiran, tadah tangan paras dada (berdoa), duduk macam duduk antara dua sujud solat (kalau boleh), pejam mata, cakap pada diri. sebut nama sendiri, Shah (Saya) nak berubah!!! Ya Allah, tolong3 saya nak berubah.Tolong saya lawan hasutan dan kemalasan yang mencengkam hati dan diri ni. saya tak kuat, kalau Allah tak tolong, saya akan lagi lemah. Ya Allah, tolong kuatkan saya. saya tak nak lama-lama dalam rasa macam ni. saya tak suka, saya tertekan ya Allah. tolonglah, Ya Allah, saya mohon sangat3 ni, tolonglah kuatkan saya untuk ...(sebutkan urusan yang menyesakkan minda dan fikiran). Ya Allah, saya tahu saya selalu leka, tapi Kau baik sangat Ya Allah, suatu masa saya gembira dan lupa padaMu ya Allah, saya minta maaf sangat2. tolong jangan bagi saya leka terlalu lama. (teruskan komunikasi hingga rasa puas itu datang, menangis sebaiknya, paksa diri untuk nangis, minta sungguh2 dengan Dia). Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

I guarantee that, if we make a change which is kita ubah style berdoa dengan penuh pengharapan. Allah akan kabulkan. sangka baik dengan Dia sentiasa. Allah sangat memahami kita. Seriously. 

Love yourself first by getting love from Allah, 
The One and Only always be with us.

That's all, just my two cents after so long unavailable for any updates due to some constraint.
I wish, may Allah guide us in everything and whatever circumstances we are, may Him bless us and ease our way to Jannah. 💖

Love as always,
Shah.