Thursday, 4 May 2017

KEMPEN CAKNA ALAM SEKITAR: ALAM MERONTA, MINTA DIJAGA. MANUSIA RAKUS SENTIASA, TIADA GUNA.


Kita sentiasa inginkan semua indah, cantik, menawan, menenangkan jiwa, sejuk mata memandang, segar, cerah, nyaman, bersih, menyelesakan, damai, kondusif, aman, tenteram, positif, dsbgnya.
tapi kita juga pemusnah kepada kesemua keinginan kita itu. Perasan atau tidak?🔻

ketahuilah, kita masih punya peluang untuk merubah dan berubah,
mentaliti, habits, perangai, alasan. tinggalkan semua yang negatif dan kemalasan!!!
mulalah melangkah.
cakna akan alam dan sekitarnya.
ini amanah dari Tuhan yang tiada tolok bandingnya.

ingat dan sabar teman,
kita mungkin tidak mampu menjadi seperti Jadav Payeng (Forest Man in India) yang menanam pokok sejak tahun 1979 sehingga menjadi rimba seluas 550 hektar.
tapi kita mampu menjaga atau menanam sebatang pokok hingga ia mekar segar menghembus oksigen dan menelan karbon oksida kita.

kita mungkin tidak mampu mengadakan projek penyelidikan yang merantau di lautan dalam mencari organisma marin yang terseksa dek sampah plastik hasilan kita seperti di Costa Rica, yang mana Nathan J. Robinson seorang sukarelawan dan penyelidik bersama yang mengeluarkan penyedut minuman sepanjang 10cm dari hidung seekor penyu.
tapi kita mampu mengelakkan penggunaan plastik dalam harian misalnya penyedut minuman yang digunakan sekali  sahaja (single-use & non biodegradable) DAN menatijahkan akibat yang amat buruk kepada alam, termasuklah mengancam penyu-penyu samudera.

kita mungkin tidak mampu membuat polisi agar satu Malaysia akur dengan Kempen An Hour.
tapi kita mampu amalkan pada diri sendiri,tutup peralatan elektrik yang tidak digunakan, cabut (Unplug Practice) barang elektrik yang tidak mahu digunakan ,dan bersederhana dalam penggunaan.

(22 Julai 2015;bersama green car di Jeonju Korea Selatan)

kita mungkin tidak mampu mencipta sebarang teknologi seperti Verde Garden (Plug & Plant) yang ditemui oleh Fernando Ortiz Monasterio dari US.
Tapi kita mampu mencipta sesuatu dengan menggunakn teknologi maklumat mengakses video-video DIY barang kitar semula dll + gabungan akal kreatif kurniaan Tuhan. #3R

dan,
kita tidak mungkin mampu sesempurna Insan Mulia dan terlengkap di atas mukabumi ini Rasulullah SAW. tetapi kita bisa dan mampu mengamalkan ajaran baginda. Al-Quran. kita ada. hadis. kita punya. Itu semua panduan lengkap seumur hidup.
Paling mudah diingati sekali berkaitan hadis. Annazofatu minal iman. Antara cabang iman itu adalah menjaga kebersihan. tidak membazir dan banyak lagi. kita bisa.

jangan kata hidayah belum tiba. Al-Quran sudah ada. justeru jangan cuma ditangan, tapi dihati jua yuk. moga ia meresapi setiap buluh darah dan tindakan kita. biar terpercik manfaatnya untuk alam sarwajagat ini.

25th July 2015; Chonbuk National University, Jeonju South Korea

sekian,
I-Shah  Mumtazah
dolphin lover