(Kemain pre-tajuknya, silap-silap tak ada kaitan sangat. lantak la ye. santai2 saja)
Jadi manusia itu tak boleh sombong. Tak boleh angkuh. Banyak sangat perkara kita tak tahu. Ilmu yg Allah kurniakan setakat hari ini amat sedikit dan lagi diterokai lagi kita akan merasa banyaknya perkara aku tak tahu. Moga2 kita terus kuat untuk setia bergelar penuntut ilmu hingga mati. Moga ilmu yg dikejar menjadikan kita hamba yg semakin taat dan tawaduk dan bermanfaat buat ramai. (Kompilasi ringkas dari pesanan abg, naqibah & para asatizah)
Rakan2 yg bakal atau sedang Ber"fyp" sekarang,
Walaupun fyp ni kita rasa "derita" dah. Tapi ketahuilah master n PhD lagi parokk tau. Tajdid niat selalu, bila semangat down cari sumber yg boleh menaikkan kembali semangat tu. Mcm buat video ringkas utk bermacam tujuan. Hobi, wish birthday orang tersayang, penghargaan, travel story, & menghiburkan insan yang berduka (agak poyo di situ).Adapun mengadu dengan Allah itu sumber utama.
Baiklah,ade cerita sikit tentang plastik yg sangat berkait dengan harian kita. Plastik ni terbahagi kepada 3; macro, meso dan micro.
Untuk fyp saya buat tentang microplastic (size 2mm below). Ada 5 jenis microplastic ni iaitu fragment, pellet, film, foam dan line. Nak hurai satu2 memang panjang la. korang boleh google atau cari kat jurnal ye. belambak. satu la saya boleh sebut, kadang-kadang Allah beri "keinsafan " kepada kita melalui bidang ilmu yang kita sedang tuntuti. justeru jangan abaikan tapi sebarkan. ;) ok sambung balik.. haha
plastik ni kalau korang nak tau dia boleh hidup lebih dari umur korang. lama sangat. bumi lambat nak boleh hadam dia. (bahasa mudah je saya pakai, faham ke idok??)
Sempena tahun baru ni, sy nak ajak rakan2 turut meletakkan salah satu aspek alam sekitar dalam azam kalian. InshaAllah kita cuba perlahan2 bersama. Ada saham buat akhirat kita inshaAllah.
pinjam gambar ye greenpeace ;)
- bertekad untuk membuang sampah ke dalam tong sampah. (the simplest action )
- Apabila terjumpa sampah kutip dan buang ditempat yang betul. (riak ke tak riak, jangan kisah. buat konsisten akan jadi policy atau prinsip ( good habit) kamu lama-lama)
- mengasingkan sampah makanan dan sampah bukan makanan ( sebaiknya ikut jenis sampah, tapi kalau tak mampu sangat mula slow2)
- sampah makanan boleh dijadikan baja kompos untuk pokok bunga, tanaman dan sayuran anda di rumah.
- tidak menggunakan polisterine ketika membeli makanan, lagi bagus bawa tupperware kalau dah tahu nak keluar beli makan untuk dibungkus bwa balik :)
- tidak mengambil straw minuman sebaliknya minta diganti dengan sudu ( kalau nak kacau bahagian bawah mungkin manis) kita mampu sebenarnya, kat rumah minum boleh je tanpa straw ;)
- menggunakan air dengan berhemah dan bijak. ( pulas pili tak perlu sehingga hujung ye )
- nak keluar bilik, rumah, dewan kuliah, dan sebagainya tutup suis kipas lampu dan penghawa dingin
- amalkan penanaman pokok-pokok hijau untuk memberi kesejukan kepada diri sendiri, hehe dan sebenarnya membantu mengurangkan global warming dan ozone depletion. sumber untuk psikologi jugak sebenarnya bila kita lihat kehijauan alam. serius
- Cuba elak untuk tidak menggunakan plastik pabila membeli belah di kompleks beli belah, kedai, dan sebagainya.
- biasakan guna semula atau recreate new things. (kalau saya, sedikit la kongsi plastic yang kita beli biskut jenama Music tu, packaging dia kan jenis ziplock bag. kalau korang beli saiz besar. jadi saya tak buang plastik tu saya masukkan biskut lain yang tak de bekas. ) so boleh guna banyak kali.
- tekad untuk beri didkan ini dalam kalangan kawan-kawan dan keluarga dahulu tak mengapa. inshaALLAH LEPAS TU MASYARAKAT DAN NEGARA. harapnya. tercaps lock pulak. orang Jepun, Korea, India dan banyak lagi boleh, tak kan la Malaysia tak boleh. kan???
sebagai penutup untuk entry kali ini, saya nak share satu firman Allah dari surah Ar-Rum ayat 41 - 42 yang kita perlu sedar akan teguranNya ini.
ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيْقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمَلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُوْنَ ﴿41﴾ قُلْ سِيْرُوا فِي الْاَرْضِ فَانْظُرُوا كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الَّذِيْنَ مِنْ قَبْلُ كَانَ أَكْثَرُهُمْ مُّشْرِكِيْنَ﴿42﴾
41. Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia,
supaya Allah merasakan kepada mereka sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).
42. Katakanlah “Adakanlah perjalanan di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang terdahulu. Kebanyakan dari mereka itu adalah orang-orang yang mempersekutukan (Allah).”
Kasihanilah bumi, kalau bukan sekarang bila lagi?
Jom!!!
#reusereducerecycle #noplastic
-environmental speaclist to be.