Saturday, 2 December 2017

TRAVEL KE MEDAN - DANAU TOBA DENGAN BAJET MURAH

 JELAJAH MEDAN, SUMATERA UTARA INDONESIA. 28-30 OKTOBER 2017

Ya, syukur Alhamdulillah. dengan bajet serendah RM 250 (percaya tak??? ini bajet yang dicampur termasuk kena tipu dengan supir..hehe, kalau kiraan sebenar hanya RM200)  untuk 3 hari 2 malam, Shah bisa jelajah Medan, Indonesia.

Oh ya, sebelum nak habaq travel shah ni berkonsepkan backpackers dengan 2 orang lagi sahabat perempuan.

Hari pertama. (SABTU 28/10/2017)

flight kami dari KLIA2 jam 5 petang (Malaysia).
Dari UM jam 12.30tengahhari, kami naik dari LRT Kerinchi ke KL Sentral (RM2.60). Kemudian ambil bas SKYBUS jam 1.20petang  ke KLIA2 (RM 12). kira-kira perjalanan 1 jam 15-30 minit.

Sampai je, cari information screen untuk tahu gate kitorang, then lepak-lepak btw, kalau belum tukar duit boleh je tukar duit di airport sebab banyak kaunter money changer, tetapi semestinya rate dia mahal jadi kita akan rugi... huhu. everything is expensive in the airport. plus, rate dia boleh naik turun selamber je dalam masa kurang 30 minit. contoh yang berlaku, mula-mula kami pergi kaunter harga selling (rm 1 = rp3500). lepas g surau dan makan nasi, lalu semula dah naik mbak. (rm1=rp3700) .so better u guys tukar awal.

ok, dah check in. baca la doa musafir before korang naik pesawat & teks orang tersayang sementara ada wifi dan boleh call. hehe. ok dah la tu kita kira dah sampai  Kualanamu International Airport, Sumatera Utara (SUMUT) Indonesia.

"welcome to Kualanamu INternational AIRPORT mEDAN indONesia." first sekali aku suggest untuk ke hotel korang, macam kami pilih Residence Hotel (300m) dari Masjid Jamek Al Mashum ( atau lebih dikenali disana dengan nama Masjid Raya) gunalah #grabcar. selamat, selesa, harga tepat, cepat). sebab apa aku cakap macam ni.haha. shah & cik ani naik bas Dambri sebenarnya ke sana harga Rp15000 sahaja. tapi miscom dengan operator "mungkin" padahal terang dah cakap nak ke masjid raya. dia bagi bas tapi harga Rp 50000. terkejut gak shah sebab triple plus kot dari harga sepatutnya. perjalanan 30 minit je dari airport ke bandaraya Medan. nak jadi cerita rupaya bas itu mahu ke Aceh, kami tahu setelah shah terasa nak bertanya lagi ketika berhenti isi minyak di Pertamina (nama petrol station di sana). lepastu kan, dia berhenti tepi jalan panggil bas lain yang lalu tempat kami tu nanti. bila minta balik duit yang balance 35000 tu dia kata ngak bisa.. aiihh hangat aku. bas Dambri yang kami disuruh naik tu, minta sorang rp20000.padahal jarak dalam 2km lagi. so untuk 2 orang kan 40000. xmau la kami pun. anyway, masa ni shah n cik ani je sebab farah belum sampai airport. flight dia jam 8 mlm Malysia. tiba datang supir becak atau bentor (beca + motor). murah. dalam Rp 350000. banyak kali tanya dia kata harga sama. elok naik dan nak hampir hotel Residence dia minta 100000. nego punya nego tambah bengang, emosi shah memang tak stabil dan masa ini. dengan sakit kepala. rasa nak lekuk ja supir ni. cik ani sabar lagi nego. lastly, rp60000.
kami check in hotel harga Rp 80000. alhamdulillah.. ok la untuk berehat walaupun tandas dia kecil sikit. jangan risau< berani dan yakinkan diri. hari pertama memang nak menagis nak balik Malaysia je rasa. haha. doa banyak moga Allah jaga.

yang penting jaga seronok (lagha sangat) dan sentiasa tajdid niat.


HARI KEDUA : (AHAD 29/10/2017)

https://www.instagram.com/p/BbDWaZbFre2/?taken-by=i_shah_mumtazah

Residence Hotel,Medan --> Stesen Bas Amplas --> Jeti 3 Raja,Parapat --> Samosir Island

Slide 1: Checked out RH jam 0600.Ambil grabcar jam 0615 ke Stesen Amplas Rp25000.Becak pun Rp25000 tapi kalau masuk harga kena "game" mau 70-100 ribu ya.👻 Slide 2: tiba Stesen Amplas 0630. 1 orang g check harga di kaunter yg lain communicate dgn conductor bas. Be careful everywhere. Sampai terus naik first bus.

Slide 3: Bertolak dari Amplas 0640 by Bas Sejahtera. Kos ke Jeti Tiga Raja, Parapat Rp 40000. Perjalanan selama 5-6jam

Slide 4:View sepanjang jalan. Tanaman berteres. Laluan keretapi melintasi jln raya. Ok perjalanan lama ini byk berhenti dibeberapa tempat. Ini catatan yg shah sempat rekodkan ikut tempat & masa. 
0600: dari residence (grab car)
0640: dari amplas 
0715 lubuk pakam
0732 perbaungan
0840 Tebing Tinggi
0950 Siantar
1015 Parapat
1145 Jeti Tiga Raja

Slide 5: Tanaman hydroponic ini kami jumpai ketika berjalan kaki ke 3Raja. Oh ya, kami g lunch di RM muslim berdekatan sblm naik bot. nasi+ sayur+ sambal + burger dil dgn harga Rp13000. Cont. Tertarik dgn sistem teknologi yg diciptanya.

Slide 6: Ambil bot ini ke Samosir Island Rp15000. Ada 2 tempat berhenti familiar disini iaitu Tomok & Tuk-tuk. but don't worry flexible je,sbb boleh berhenti mana2 penginapan yg kita already booked. Syarat habaq ke dia nak p mana.

Slide 7: inilah tempat penginapan kami. #SamosirCottages. 1 night, Superior room dgn harga Rp. 300000. No breakfast. Klu campur b.fast Rp400000. Tak ambil sbb nak jimat + taraddud. 
Slide 8: View DT. Maha Suci Allah yang menciptakan gunung ganang & Bukit bukau yg amat indah. Dikenali sbg Gunung Barisan. Bentuk puncaknya mendatar kayak kawah gunung berapi. Memg bekas volcano pun.

Slide 9,10: malam tu kami makan mee segera #heaterprovided & terjun swimming pool dibawah curahan hujan renyai2. Suhu 20-22°C. Sejuk baqhang.


HARI KETIGA: ISNIN (30/10/2017)


https://www.instagram.com/p/Ba_r5UZlxfZ/?taken-by=i_shah_mumtazah

 Samosir Island DT -->(2jam) Airterjun Sipiso Piso -->(1j30min) Berastagi -->(3j)Medan (Masjid Raya & Istana Maimun) --> (40min)Kualanamu International Airport

Slide 1: Dari Samosir Cottages ke Jeti TigaRaja Parapat. Naik jam 7.30am. harga Rp15000. Kalau kita penumpang pertama, lepas tu dapat la "round" sekitar pulau sebab bot akan pergi ambil penumpang di c.point lain. Yela! rugi la bawa bot besar naik sorang dua. Dari Samosir Island ke jeti 3raja mengambil masa dalam 30-45 minit. 
Slide 2: bergambar di perkataan I 💟 Danau Toba ni kena bayaq parkir. Harga? Rp 5000. Padahal tak sampai 10 minit pun berhenti👼

Slide 3,4 &5: dalam perjalanan ke Sipiso Piso singgah menikmati keindahan Danau Toba dari lereng atas bukit. View serius cantik cuma #sislupa nama tempat ni. Kalau nak bergambar dekat binaan kayu bentuk love, buaian , jambatan pelangi dll ada biayanya. Sekitar Rp2000. 
Slide 6: Sipiso Piso Waterfall, Jika korang nak rasa percikan air dibawah tu. Turunlah guna tangga & naik nanti hiking tangga yang sama. Bilangan tangga 1200 anak tangga. Ketinggian air terjun tu 120m. Oh ya! Ongkosnya Parkir :Rp5000. Entrance fee : Rp4000

Slide 7: View menghadap Danau Toba. nak habaqnya air terjun tadi lalu Kat bawah tu & pergi ke DT. Extra info kedalaman dasar air DT sebelah ini adalah paling dalam iaitu 440m kedalam. 


Slide 8: di Berastagi hujan masa kami sampai. Jadi tak berhenti singgah cuma lihat dari dalam kereta. Kalau di Malaysia seperti Cameron Highland. Jalan macam ulaq, udara sejuk amat, ada tanaman strawberi, ladang teh xnampak pulak,tanaman kopi byk, kedai bunga tepi2 jalan #cantik #segar. Antara unik dalam perjalanan kami follow angkutan (van yg muat 30-40org). Jalan sempit,lereng bukit lagi, berhenti memang x la lama2, kalau nak turun penumpang get ready ditangga atau pintu. Harga duduk diatas(Rp3000) < dibawah(Rp5000) 


Slide 9: Masjid Raya @ kalau dalam maps Masjid Jamek Al-Mashum, Medan. Masjid ni simbolik Kota Medan. Harga parkir: Rp2000 
entrance fee: free. Byr budak yg tolong jagakan kasut. upah Rp.. seikhlas hati. 



https://www.instagram.com/p/Ba7e6PXlWt9/?taken-by=i_shah_mumtazah

Gambar 10: Tempat, Istana Maimun, Kota Medan Indonesia. 
Jam : 5.15 petang (waktu untuk disana)
6.15petang (Malaysia)

Ya, semestinya tempat ini berkisar tentang sejarah. Pandai kamu! Ia berkaitan Kerajaan Deli Serdang. Ha google lekaihh
.
Info tempat ini:
- Di dalam Bandaraya Medan (centre)
- 300m berjalan kaki dari masjid Raya
- Rp 5000 :entrance fees
- Rp 15000 : 👗 rent (merasai peluang memakai pakaian istana) - Rp 5000 : For 🚙 parking
- Berdekatan IM ada kedai cenderahati yang menjual baju, fridge magnet, keychain, beg dompet corak batik Indo dll). Harga: 50k - 60k (fridge magnet), baju t-shirt (25k(short sleeve) - 40k(long sleeve), keychain (50k). #sislupa





p/s: untuk gambar tekan link instagram shah tu.
sekian, maaf caca marba penulisan hari ni. serius buruk..haha


pandangan dari hadapan bilik kami

di Air Terjun Sipiso Piso (jgn korang tiru aksi ni, serius ak sendiri tak stabil sebenarnya tu, bawah tu gaung weyh) lereng bukit la

dari bahagian beranda. atas lagi rooftop untuk vip jerr..

inilah Masjid Raya.. di bandar Medan

itu Danau Toba.

makan tengahhari hari kedua Rp15000. burger dil + sayur (air basuh tangan bekas comel dan air masak dia bagi) rumah makan muslim di Parapat. 

atas bot nak bertolak ke Samosir Island

siapa tak tun tuang eloklah kolam belakang shah ni untuk korang. #akusudahmandi

view penginapan kami dari atas beranda. bukit bentuk gunung berapi camera tak sharp nampak biasa. tapi sebenarnya cantik sangat.

tong bahan buangan mengikut jenis di Lapngan Terbang Kualanamu. tandas pun bersih. Terbaik

selamat tinggal Pulau Samosir, Danau Toba Medan Indonesia. kami berangkat dulu.  



wassalam.

check it out link below, i shared about benefits that you you gonna get during travelling. enjoy!!!

https://www.youtube.com/watch?v=4NTxfh2T2dE

Lirik Single Baru UNIC 2017: SEDAR (UNIC Ft. Caprice )

Assalamualaikum semua,
Shah selaku peminat tegar UNIC nak kongsi lirik terbaru.
lagu korang boleh check it out dari Youtube yooo..


LIRIK LAGU UNIC NOVEMBER 2017: SEDAR 

Masih terlihat kau di sana
menghampiriku penuh tawa
renungan mata terpesona
kau cahaya kau permata

ku resah bila kau tiada
nyata kasihmu sementara
kau melangkah pergi tanpaku rela

dan aku pun merasa 
langkah mula terhenti 
kini kau tiada 
SEPI

Aku sendiri, tanpamu lagi
yang mampu setia temani
bahagia lebih sempurna untukmu di sana

Aku sendiri, tanpamu lagi
yang aku cinta sampai mati
moga kisah kita terbina semula akhirnya

masih teringat detik mesra
menghiasi ku sentiasa
kau selalu berkata-kata
kau setia selamanya

ku yakin pada takdir kita
ku serahkan jiwa dan nyawa
ceritera indah pada akhirnya

dan aku pun merasa 
langkah mula terhenti 
kini kau tiada 
SEPI

Aku sendiri, tanpamu lagi
yang mampu setia temani
bahagia lebih sempurna untukmu di sana

Aku sendiri, tanpamu lagi
yang aku cinta sampai mati
moga kisah kita terbina semula akhirnya

(part rap)
mesej tak kesampaian 
walaupun dah bluetick
tapi situasi kita 
cinta dah pun berputik
kenapa cintaku untukmu
sentiasa diuji
mungkin bakti dan sumbanganku
masih tak terbukti
or..
maybe I'm not good enough
maybe we just not meant to be
maybe your friends being telling you lies
they never want to see me
and you together, but forget it
I'm not a level, I keep
a few friends
no bias just bang! bang!

dan aku pun merasa 
langkah mula terhenti 
kini kau tiada 
SEPI

Aku sendiri, tanpamu lagi
yang mampu setia temani
bahagia lebih sempurna untukmu di sana

Aku sendiri, tanpamu lagi
yang aku cinta sampai mati


Pengajaran: Hargai insan terpenting dalam hidup anda sementara mereka masih ada. jika sudah tiada sentiasa sedekahkan Al-Fatihah buat mereka. Semoga disyurga nanti kita bertemu semula..

Al-Fatihah buat ayahanda shah..

Terlalu merindu,

   I-shah Mumtazah

Saturday, 11 November 2017

MACAMMANA CARA NAK JAGA SUARA

Assalamualaikum sahabat-sahabat...

Ok. Untuk entry ni shah nak kongsikan sedikit beberapa tips yang shah pernah belajar dan dari beberapa pembacaan. Shah tulis ini sebab shah sendiri dah lama tinggalkan pantang larang jaga suara, nafas bagi boleh tahan lama, tambahan bahagian high pitch.. Allah. Jadi ni shah nak simpan untuk ingatkan diri semula.

Harapnya bermanfaat untuk diamalkan dalam usaha kita mengingati Tuhan, merasa kenikmatan sendiri ketika membaca Al-Quran dan menghiburkan insan dengan peringatan yang baik.  #niat

1. Bangun pagi, amalkan minum air masak atau mineral kosong dan amalkan minum madu asli setiap pagi. 

2.Banyak minum air suam (semestinya) dan amalkan air asam jawa dan air perahan limau nipis. inshaAllah selain itu air limau nipis ni baik untuk penyah-oksidan dalam badan. (nak kurus amalkan la kata orang, dia bakar lemak gitu)

3.Elakan makan makanan pedas (shah tiap hari kot makan pedas). tapi kalau sayang suara anda janganlah diamalkan selalu..huhu.. samyang duk ada lagi nih!!!

4. Elakkan atau setidak-tidaknya kurangkan makan makanan bergoreng dan berminyak. 

5.  Elakkan minum minuman bergas dan berais. shah pantang ais tapi bila tak tahan tu balun jugak la.

6. Elakkan atau mengurangkan pengambilan minuman yang berkafien seperti kopi dan teh. Jika anda penggemar teh, boleh meminum teh pudina sebagai ganti. :)

7. Begitu juga dengan coklat. Kalau boleh kurangkan pengambilannya sama ada coklat untuk dimakan mahupun minuman yang mengandungi coklaT. (Weyh, shah hantu coklat... sedih pula nak start pantang ni)

untuk tips no 6 & 7 shah baca dari blog dibawah ni. 

Read more: http://petuasejagat.blogspot.my/2009/08/petua-dan-tips-agar-suara-merdu.html#ixzz4y9OrQwTe

Oh ya, untuk part nak bagi nafas tahan lama. mungkin korang boleh cuba teknik ni. Shah dapat ajaran ni dari Ustazah Rosnah masa masuk pertandingan Berzanji MTQ sekolah rendah dulu. minum air jangan telan lagi. longgak ke atas leher anda. dongak ke atas gitu. ketarkan kerongkong anda selama yang boleh. Actually keadaan di sini adalah keluar bunyi macam ayam piru bila terkejut. kelokelokelowkelow. kalau cara lain shah suka menyelam tahan nafas dalam air dan masa diambil. :)

Sebelum shah tutup, shah nak share sedikit la ye, maksud suara menurut kitab tarannum yang sempat belajar masa di smka dulu. 
 
PENGERTIAN SUARA: SUARA ADALAH GETARAN-GETARAN BUNYI YANG DIPROSES OLEH UDARA DARIPADA PARU-PARU MELALUI SELAPUT SUARA KE RONGGA MULUT ATAU MULUT YANG AKAN DITENTUKAN BUNTINYA OLEH ALAT PERTUTURAN YANG LAIN MENGIKUT KEHENDAK YANG TERTENTU. 


Sekian, 

i-shah mumtazah
Perindu suara merdu.


Thursday, 4 May 2017

KEMPEN CAKNA ALAM SEKITAR: ALAM MERONTA, MINTA DIJAGA. MANUSIA RAKUS SENTIASA, TIADA GUNA.


Kita sentiasa inginkan semua indah, cantik, menawan, menenangkan jiwa, sejuk mata memandang, segar, cerah, nyaman, bersih, menyelesakan, damai, kondusif, aman, tenteram, positif, dsbgnya.
tapi kita juga pemusnah kepada kesemua keinginan kita itu. Perasan atau tidak?🔻

ketahuilah, kita masih punya peluang untuk merubah dan berubah,
mentaliti, habits, perangai, alasan. tinggalkan semua yang negatif dan kemalasan!!!
mulalah melangkah.
cakna akan alam dan sekitarnya.
ini amanah dari Tuhan yang tiada tolok bandingnya.

ingat dan sabar teman,
kita mungkin tidak mampu menjadi seperti Jadav Payeng (Forest Man in India) yang menanam pokok sejak tahun 1979 sehingga menjadi rimba seluas 550 hektar.
tapi kita mampu menjaga atau menanam sebatang pokok hingga ia mekar segar menghembus oksigen dan menelan karbon oksida kita.

kita mungkin tidak mampu mengadakan projek penyelidikan yang merantau di lautan dalam mencari organisma marin yang terseksa dek sampah plastik hasilan kita seperti di Costa Rica, yang mana Nathan J. Robinson seorang sukarelawan dan penyelidik bersama yang mengeluarkan penyedut minuman sepanjang 10cm dari hidung seekor penyu.
tapi kita mampu mengelakkan penggunaan plastik dalam harian misalnya penyedut minuman yang digunakan sekali  sahaja (single-use & non biodegradable) DAN menatijahkan akibat yang amat buruk kepada alam, termasuklah mengancam penyu-penyu samudera.

kita mungkin tidak mampu membuat polisi agar satu Malaysia akur dengan Kempen An Hour.
tapi kita mampu amalkan pada diri sendiri,tutup peralatan elektrik yang tidak digunakan, cabut (Unplug Practice) barang elektrik yang tidak mahu digunakan ,dan bersederhana dalam penggunaan.

(22 Julai 2015;bersama green car di Jeonju Korea Selatan)

kita mungkin tidak mampu mencipta sebarang teknologi seperti Verde Garden (Plug & Plant) yang ditemui oleh Fernando Ortiz Monasterio dari US.
Tapi kita mampu mencipta sesuatu dengan menggunakn teknologi maklumat mengakses video-video DIY barang kitar semula dll + gabungan akal kreatif kurniaan Tuhan. #3R

dan,
kita tidak mungkin mampu sesempurna Insan Mulia dan terlengkap di atas mukabumi ini Rasulullah SAW. tetapi kita bisa dan mampu mengamalkan ajaran baginda. Al-Quran. kita ada. hadis. kita punya. Itu semua panduan lengkap seumur hidup.
Paling mudah diingati sekali berkaitan hadis. Annazofatu minal iman. Antara cabang iman itu adalah menjaga kebersihan. tidak membazir dan banyak lagi. kita bisa.

jangan kata hidayah belum tiba. Al-Quran sudah ada. justeru jangan cuma ditangan, tapi dihati jua yuk. moga ia meresapi setiap buluh darah dan tindakan kita. biar terpercik manfaatnya untuk alam sarwajagat ini.

25th July 2015; Chonbuk National University, Jeonju South Korea

sekian,
I-Shah  Mumtazah
dolphin lover

Sunday, 16 April 2017

HIJAU BUMI TUHAN

Assalamualaikum wbt..
lamakan tak menulis.. rindu sebenarnya itu yang jenguk juga sekejap ni..
pagi-pagi ini kita layan Gema Gegar Vaganza. UNIC dapat XPDC.
terus terimbau lagu masa I hafal kecik-kecik dulu... hee, I ni jenis layan jugak lagu-lagu rock yang dulu-dulu la. almost berisi nasihat dan meseg. jadi salah satunya pesanan dari lagu yang berunsur heavy metal adalah dari lagu HIJAU BUMI TUHAN (XPDC) ni. thank you untuk lagu yang memberi penghargaan kepada alam. dan mestinya ucapan syukur alhamdulillah kepada Pencipta Aam ini. :). (gambar selingan iklan, I ter"paste" kat sini)













kita belalah bersama sama, kita jagalah harmoninya.

so I nak kongsikan lirik ni. harap kita amalkan dalam kehidupan seharian penjagaan alam sekitar yang dianugerah dan diamanahkanNya. eh kejap, sebelum tu, I nak cerita sikit la siapa mereka ni.
xpdc ni mula sebelum I lahir ha mula1989, dan lagu-lagu 90-an dia I dapat masa I darjah 1,2,3. nasib baik masa tu mengaji quran pun boleh dah. kalau tak memang patut kena lempang la aku ni. siapa yang belajar pasal undang undang alam sekitar biasa dengar tentang OSHA tak?? ha so ni cara boleh ingat. lagu ni tubik pun sekitar tahun 90-an 1994 album Ku Peng Yu, so ada kaitannya dengan Occupational Safety and Health Act (OSHA 94) yang diaktakan tahun 1994 juga. padan la dalam tahun lahir I. Ambil pula bidang alam sekitar. . haha.. (tips ni mungkin terapply untuk aku je kot) . ok la. stop.

semoga bermanfaat dan bertaubat ya teman2 untuk kita jaga bersama-sama alam ini.
p/s: nota penting: al a'raf : 41

Tajuk: HIJAU BUMI TUHAN by XPDC

Sekali ku memandang kehijauan saujana mata
Semusim yang benderang hati riang nikmatnya tuhan
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya

Semusim ia datang keindahan ciptaan tuhan
Hijau yang terbentangan makhluk tuhan bermesra-mesra
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya

Damai terperi kicau bernyanyi
Burung berkicauan riang terbang
Ombak menghempas pantai menanti
Indah biru laut ini pasti

Salam diberi insan di bumi
Itu nikmat hari hari ini
Tegur dan sapa senyum ketawa
Itu tanda kita riang ria
Abadikan keindahan ini

Semusim ia datang keindahan ciptaan tuhan
Hijau yang terbentangan makhluk tuhan bermesra-mesra
Kita belalah bersama-sama
Kita jagalah harmoninya

Damai terperi kicau bernyanyi
Burung berkicauan riang terbang
Ombak menghempas pantai menanti
Indah biru laut ini pasti

Salam diberi insan di bumi
Itu nikmat hari hari ini
Tegur dan sapa senyum ketawa
Itu tanda kita riang ria

Damai terperi kicau bernyanyi
Burung berkicauan riang terbang
Ombak menghempas pantai menanti
Indah biru laut ini pasti

Salam diberi insan di bumi
Itu nikmat hari hari ini
Tegur dan sapa senyum ketawa
Itu tanda kita riang ria




terima kasih semua.
i-shah mumtazah

Wednesday, 1 February 2017

SEDALAM-DALAM RINDU (lirik)

Bismillah, 

Kadang-kadang menyanyi bukan kerana nak menunjuk, atau purposeless atau sekadar hobi kosong. tetapi sebenarnya bagi sesetengah orang lagu adalah ruang untuk dia meluahkan sesuatu yang terpendam dibenak hati. begitu juga aku. Disebabkan lagu Tajul ni sungguh bermakna. Terjentik nak simpan dalam blog sendiri. nak release single sendiri tak mampu. Kalau ada rezeki inshaAllah.  :) (shah oii xpe so far kau jadi je komposer sendiri buat lirik sendiri simpan sendiri) haha... Jadinya kita sokong mana yang bagus yang kena dengan naluri kita. inshaAllah. semoga industri seni terus maju menyebarkan inspirasi dan motivasi. 



LIRIK: Sedalam-dalam rindu by Tajul 

Bila kau hadir di dalam diriku
Indahnya bagai irama dan lagu
Bila kau jauh terasa merindu
Wajahmu terbayang di hatiku

Biarpun engkau jauh di mataku
Serasa bagai purnama merindu
Begitu sedalam dalam cintaku
Sayangnya pada dirimu

*chorus
Sungguh ku terasa pilu dan sayu
Bila kau berjauhan dariku
Namun kau yang bertahta di hatiku
Jangan kau pergi meninggalkan diriku

Hanya kau yang tersemat di jiwaku
Hanya kau yang sentiasa di hatiku
Cuma kau yang ku harapkan selalu
Moga kau terus merasa merindu

Tiada lagi ku berasa sangsi
Walaupun tanpa dirimu di sisi
Cukup sekadar diriku di uji
Namun kau tetap di hati

Sungguh ku terasa pilu dan sayu
Bila kau berjauhan dariku
Namun kau yang bertahta di hatiku
Jangan kau pergi meninggalkan diriku

Hanya kau yang tersemat di jiwaku
Hanya kau yang sentiasa di hatiku
Cuma kau yang ku harapkan selalu
Moga kau terus merasa merindu

Tiada lagi ku berasa sangsi
Walaupun tanpa dirimu di sisi
Cukup sekadar diriku di uji
Namun kau tetap di hati 


___________________________________________________________________

Al-Fatihah buat seluruh muslimin muslimat yang telah pergi meninggalkan dunia ini. 

https://www.youtube.com/watch?v=Ps8oiNevle8